klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 7 Ogos 2009

Undian KDN : ISA zalim, tuntut mansuhkan


Majoriti pengunjung laman web berita Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggesa akta ISA dimansuhkan kerana ia disifatkan sebagai kejam.Daripada 522 responden, setakat ini, 481 atau 92 peratus mahu Akta Kementerian Dalam Negeri (ISA) dihapuskan, sementara hanya 36 responden bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk menyemak akta kontroversi itu.Undian yang bermula hampir jam 9 malam tadi memuatkan lima soalan, masing-masing dengan tiga pilihan jawapan, bermula dengan "pada pandangan anda, ISA adalah...".

Semakan Malaysiakini mendapati 597 responden atau 88 peratus menganggapnya "kejam", manakala 51 responden atau 9 peratus menyifatkan akta itu sebagai "undang-undang pencegahan" daripada kegiatan mengancam keselamatan negara.

Majoriti responden, kira-kira 89 peratus daripada 621 responden, yang menentang akta itu menyatakan mereka "faham dan tahu sepenuhnya mengenai ISA", 51 responden menjawab "saya keliru" dan selebihnya memilih "saya tidak tahu dan tidak faham."Mereka, 599 responden atau 89 peratus, juga mengetahui isu ISA melalui bahan bacaan dan hanya 51 responden "tangkap muat" berhubung isu tersebut, sementara 22 lagi melalui "cakap-cakap" pihak lain.Ditanya soalan Amerika Syarikat dan Britain mempunyai akta menentang keganasan masing-masing yang "dirujuk daripada pelaksanaan ISA di Malaysia", 324 responden atau 48 peratus menyatakan mereka mengetahui perkara itu.

Manakala 328 responden lagi atau 49 peratus menjawab soalan itu "tidak memberi apa-apa makna kepada mereka", selebihnya memilih jawapan "saya tidak tahu."Berdasarkan undian topik-topik yang lepas, tempoh tinjauan di potal berita KDN itu dijalankan selama seminggu.
Akta ISA sering menjadi topik perbahasan hangat antara pemimpin kerajaan dengan pembangkang dan aktivis hak asasi.Demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersama Pakatan Rakyat, Sabtu lalu, mencipta rekod perhimpunan terbesar dalam sejarah negara menentang akta kontroversi itu. - MalaysiaKini

UMNO mengaku silap kerana tidak 'Dengar suara rakyat'

Written by Wartawan Buletin

KUALA TERENGGANU – UMNO Terengganu mengakui melakukan kesilapan dalam melaksanakan projek pembangunan kerana tidak mendengar suara rakyat bawahan.
Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu Datuk Tengku Putera Awang berkata suara rakyat penting dalam memastikan pembangunan yang dijalankan bukan saja mendatangkan hasil kepada ekonomi kerajaan negeri, tetapi dapat dinikmati dan dimanfaatkan rakyat untuk jangka masa panjang.Beliau yang juga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri ( Speaker DUN) berkata semua wakil rakyat diingatkan supaya mendengar suara rakyat setempat terutama pandangan mereka terhadap setiap projek pembangunan dirancang kerajaan negeri, bagi memastikan semua perancangan dilaksanakan memberi manfaat dan dapat dinikmati semua golongan.Beliau berkata, pengalaman sebagai bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Exco) banyak memberi pengajaran kerana ada kalanya pendapat disuarakan masyarakat di peringkat akar umbi lebih bernas berbanding pendapat pakar dalam sesuatu bidang."Saya masih ingat, pembinaan benteng pemecah ombak di Merang, Setiu dulu mendapat bantahan daripada penduduk setempat kerana ia dikhuatiri hanya mampu bertahan beberapa ketika."Bagaimanapun, pembinaan tetap diteruskan dan terbukti walaupun sudah melalui kajian dan nasihat dari pakar berkaitan, ia roboh dan tetap tidak boleh pakai."Daripada pengalaman ini kita boleh lihat bahawa pendapat dan suara rakyat sangat bernilai untuk membantu kerajaan negeri membangunkan negeri seiring dengan pendekatan merakyatkan pembangunan yang dilaungkan kerajaan negeri," katanya kepada pihak media sempena Majlis Sambutan Jubli Emas 50 Tahun DUN Terengganu di sini, semalam.

umno cakap "DEMONSTRASI BUKAN BUDAYA KITA"






KALAU BUKAN KERANA DEMONSTRASI PASTI MALAYAN UNION TERTEGAK DI TANAH MELAYU !

KALAU BUKAN KERANA DEMONSTRASI APA AKAN JADI KEPADA NEGARA KITA ?

PEMIMPIN UMNO 'BUTA HATI' , 'BUTA SEJARAH' !

AMK Sangkal Kenyataan Rozi Mamat : ADUN Kemasik Mesti Letak Jawatan Segera !

AMK Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Umno bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat bahawa Pas diminta tak campur urusan Umno dalam berita Harian 6 Ogos 2009 . Rozi Mamat seharusnya matang dan bersikap profesional bahawa isu rasuah yang melibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Terengganu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meminta sogokan daripada sebuah syarikat adalah merupakan isu rakyat Terengganu kerana melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi .

Maka PAS atau sesiapa sahaja wajar dan layak mencampuri urusan dan isu berkenaan . AMK Negeri Terengganu mempertegaskan bahawa isu rasuah ADUN Terengganu tersebut bukan urusan peribadi UMNO atau Barisan Nasional sahaja. Malah sewaktu ditahan oleh SPRM bersama-sama beliau wang sejumlah RM5000 dan AMK Negeri Terengganu amat yakin sebelum tindakan tersebut diambil oleh SPRM , siasatan dan penelitian telah dibuat oleh SPRM secara terperinci .

AMK Negeri Terengganu kecewa dengan sikap Rozi Mamat yang seolah-olah mempertahankan perasuah . Sekiranya beliau mempunyai integriti dan bermaruah sudah pasti akan turut bersetuju agar ADUN tersebut meletakkan jawatan dengan segera dan mencontohi ADUN Pakatan Rakyat yang sanggup meletakkan jawatan apabila integriti dan moral beliau tergugat dengan dakwaan rasuah dan akhirnya tidak bersalah .

UMNO Terengganu seharusnya bertindak tegas terhadap isu tersebut dan bukannya bertindak ‘menunggu dan lihat’ sahaja serta menutup sebelah mata perlakuan dan tindakan tidak bermoral ADUN yang tidak sampai setahun jagung serta termasuk juga dakwaan rasuah yang melibatkan 2 orang bekas pimpinan UMNO Terengganu dalam kes melibatkan pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) . Adalah memalukan rakyat Terengganu apabila pemimpin UMNO Terengganu terpalit dengan isu rasuah .

AMK Negeri Terengganu menyokong kenyataan yang dibuat oleh Penolong Setiuasaha PAS Negeri Terengganu bahawa ADUN tersebut adalah wajar meletakkan jawatan dengan segera! Maruah rakyat Terengganu telah cukup tercalar dan dimalukan oleh UMNO dan Barisan Nasional dengan isu-isu yang tidak berintegriti dan bermaruah .

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

6 Ogos 2009