klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 17 Jun 2011

sayangku pada Melayu

Akhir-akhir ini masa saya agak terhad untuk menulis atau update blog . Kengkangan kerja dan kerja-kerja politik yang setiap hari sentiasa panas membuatkan saya punya masa yang agak terhad.
Saya terpanggil untuk membuat catatan yang ingin saya kongsikan kepada mereka yang setia pada perjuangan rakyat terutama mereka yang cinta dan sayangkan bangsa iaitu MELAYU. Kerana saya adalah antara manusia yang sayang dan cintakan bangsa saya Melayu . Rentetan sejarah perjuangan ini bermula saya bersama menyertai sebuah NGO yang berteraskan perjuangan Melayu iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) . Daru menjadi ahli biasa sehinggalah menjawat beberapa jawatan di peringkat GPMS Cawangan dan negeri , sehinggalah menjadi EXCO GPMS Pusat bagi sesi 1993/1996.

Sewaktu itu saya ialah anak muda melayu yang aktif berjuang dalam GPMS terutama terhadap pendidikan anak-anak Melayu. Antara rakan seperjuangan yang bersama saya ketika itu seperti (Dato) Shuhaimi Ibrahim, (Dato) Reezal Merican , sdr Jais ( Presiden GPMS sekarang ) serta ramai lagi tokoh-tokoh yang bersama dalam perjuangan GPMS ketika itu. Semuanya atas prinsip perjuangan melayu tercinta.

Saya didik oleh GPMS , masa saya ketika itu menjalankan program-program serta aktiviti yang bersifat nasionalisme , membakar semangat kemelayuan serta menanam rasa kurang senang terhadap kaum lain yang mencabar dan kononnya menghakis hak dan milik melayu.

Lagu 'Warisan' ciptaan (Tan Sri) Dr. Nordin Kardi menjadi lagu yang menyerap minda dan setiap inci urat nadi saya. Usah ditanya berapa ribu kali air mata ini menangis setiap kali menyanyikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan . Betapa 'rasis'nya saya ketika itu . Malah setiap kali program motivasi kepada pelajar-pelajar melayu sayalah antara orang yang meniupkan doktrin kebencian terhadap kaum lain dan menanam pasak 'rasis' dalam jiwa mereka.

Saya teruskan agenda perjuangan melayu apabila menyertai politik iaitu UMNO. Bermula pada tahun 1990, saya menyertai parti UMNO secara aktif yang saya lihat mempunyai wadah perjuangan sama sepeeti yang saya perjuangkan dalam GPMS . Tapi kali ini situasi agak berbeza kerana UMNO adalah parti politik . Dalam masa yang sama saya dilantik sebagai salah seorang tenagan Penceramah dan fasilitator kepada Biro Tatanegara (BTN).

Ketika itu saya menyertai UMNO kerana atas kerana perjuangan Melayu. Memegang jawatan daripada peringkat UMNO Cawangan Kg. Ru Rendang di Bahagian Marang sehinggalah kejawatan di peringkat Pemuda Umno Bahagian meletakkan saya sebagai pimpinan pelapis UMNO . Kecintaan kepada melayu mula melonggar kerana saya sedang berada dalam dunia yang sangat berbeza. Kepentingan melayu dan perjuangan melayu sebenarnya hanyalah tempelan sahaja dalan UMNO.

Tetapi kerana saya memang telah didik oleh GPMS dan rasa kecintaan mendalam kepada melayu dan kepentingan politik melayu yang hanya tinggal kuasa politik , terus menjadi asas kepada perjuangan saya dalam UMNO. Tetapi yang saya saksikan dalan UMNO ialah lahirnya golongan koperat melayu yang mendominasikan parti. Hidup dalan kemewahan dan saya tidak pernah mendengar secara serius perbincangan sama ada dalam mesyuarat pemuda UMNO diperinkat DUN atau Bahagian membincang isu agenda melayu teutama membantu golongan melayu miskin dan kepentingan melayu.

Yang banyak dibincangkan ialah bagaimana untuk terus mengekalkan kuasa bagi tujuan untuk mengalahkan PAS terutama Hj Hadi Awang . Saya didoktrinkan dengan agenda baru bahawa PAS adalah musuh nombor satu . Hingga saya lupa yang PAS juga adalah Melayu ! Setiap kali pemilihan UMNO , pertembungan sesama sendiri dalam merebut jawatan dalan parti menjadi keutamaan dan semua yang dilakukan dengan penuh kekotoran . Merasuah perwakilan , memfitnah , adu domba dan macam-macam lagi . Saya hanyut dalam situasi yang terbina dalan UMNO. BUDAYA UMNO .

Pengalaman tersebut benar-benar dirasai selepas selama 9 tahun secara aktif terlibat dengan UMNO diperingkat DUN dan Bahagian temasuk negeri . Siapa yang banyak duit , dialah yang bakal berkuasa . Kepimpinan UMNO bukan ditebtukan kepada kualiti kepimpinan tetapi berdasarkan siapa yang berduit serta kaya. Siapa yang tidak berduit , pandai-pandai ber'gantung'anlah pada mereka yang berduit.

Kini saya bersama dengan Parti Keadilan Rakyat. Keluar daripada UMNO setelah membuat istiqarah dan memperolehi alamat daripada Allah melalui mimpi supaya meninggalkan parti tersebut. Bersama perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu berdepan dengan fitnah yang tidak masuk dek akal. Waktu itu dikenali dengan Parti Keadilan Nasional . Dari ditugas dan bertanggungjawab menjadi Setiausaha Pemuda Keadilan Negeri Terengganu sehinggalah menjawat EXCO Pemuda Keadilan Pusat seterusnya Timbalan Ketua AMK Pusat dan kini sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat .

11 tahun saya bergelumang dengan parti ini . Daripada Parti Keadilan Nasional hinggalah bertukar menjadi Parti Keadilan Rakyat . Dari seorang guru selama 16 tahun berkhidmat meletakkan jawatan kerana parti dan perjuangan ini. Menjadi calon parti di Parlimen Kemaman pada PRU 12. Dari punya pekerjaan sehinggalah menganggur kerana kalah dalam pilihanraya tersebut.

Selama itulah saya mula mengenali perjuangan sebenar . Perjuangan rakyat dan rasa kecintaan saya kepada melayu semakin membuak-buak selepas lama mati sewaktu berada dalam UMNO. Walaupun saya berdepan dengan pelbagai kesulitan, kesusahan , penderitaan dan kesengsaraan tetapi hati dan jiwa saya puas kerana saya menjumpai satu perjuangan yang sebenarnya.

Rasa semangat kemelayuan yang membuak-buak kerana saya melihat orang melayulah manusia yang paling terinaya dan dizalimi akibat daripada sistem dan polisi yang dilaksanakan oleh UMNO. UMNO lah yang telah menindas dan memperbodohkan orang-orang melayu terutama melayu desa dan kampung , melayu felda dan felcra . Namun kerana diasuh dalam erti perjuangan sebenar , perjaungan untuk orang-orang melayu dicampur pula dengan perjuangan rakyat tanpa mengira kaum , bangsa , agama dan edologi . Ketuanan Rakyat !

Perjuangan ini lebih sempurna apabila bukan sahaja berjuang untuk golongan melayu tetapi juga turut memperjuangkan nasib rakyat semua kaum yang wajib dibantu dan dibela. Saya mula mengenai 'gari dan lokap' kerana perjuangan ini. Memahami dan menghayati rakyat marhean yang menderita , tertekan dan susah kerana UMNO. Selama ini saya dibutakan sewaktu berada dalan UMNO. Saya sedar bahawa rakyat terutama orang melayu menderita adalah kerana UMNO.

Bagaimana terguris dan merana saya melihat orang melayu berdepan dengan pelbagai kejadian dan peristiwa . Rumah mereka dirobohkan, pampasan yang tidak setimpal , ada yang tidak ada beras untuk dimakan , mereka dihalau, hak mereka dinafikan kerana berlainan parti politik dan macam-macam lagi penindasan yabg dilakukan oleh pimpinan UMNO terhadap mereka.

Saya mula memahami bahawa UMNO lah merupakan punca orang melayu keterbelakang . UMNO lah menjadi dalang segala penyelewengan dan rasuah yang meletakkan orang melayu menjadi bangsa yang lemah dan ketinggalan . Saya mula menyedari bahawa slogan Melayu yang sering dilaungkan dalam perhimpunab UMNO adalah retorik semata-mata. Hanya dendangan seloka palsu sedangkan hakikatnya ialah pembohongan semata-mata. Sedangkan pimpinan UMNO disemua peringkat sibuk membincangkan tentang tender projek , hidup dalam kemewahan , makan minum di hotel dan berbelanja di gedung mewah , berlumbaa memakai jenama pakaian yang berprestij , kereta import berjenama mewah , perpoya-poya dan melalaikan .

Saya merayu kepada kawan-kawan yang merupakan para pejuang bangsa dalan UMNO. Yang bersama UMNO kerana kepentingan melayu . Anda telah tersilap memilih wadah perjuangan . Kalau anda seorang yang mencinta bangsa semaksimum, menganggap perjuangan bangsa melayu adalah penting , UMNO bukanlah wadahnya. Saya pernah ditipu sewaktu berada dalam UMNO dan pernah menjadi orang yang turut menipu dalam setiap ceramah saya lakukan sewaktu berada dalam BTN dan UMNO.

Walaupun.Parti Keadilan Rakyat adalah parti pelbagai kaum . Tapi teras melayu tidak pernah longgar . Kepentingan rakyat menjadi agenda yang utama . Perjuangan kita semata+mata kerana satu kaum sahaja juga tidak begitu tepat. Sewajibnya untuk kita memperjuangan rakyat seluruhnya , tanpa mengira kaum , agama , edologi , keturunan , warna kulit. Bukan semata-mata atas prinsip kepentingan satu kaum semata-mata. Perjuangan sebegitu tidak tepat dan dilarang oleh agama.

Mereka yang merasakan perjuangan rakyat adalah penting , sewajarnya keluar daripada UMNO dan bersama Pakatan Rakyat . Propaganda yang dicanangkan oleh UMNO yang kononnya Pakatan Rakyat anti melayu adalah tidak benar . Parti Keadilan Rakyat menjadi tunggangan DAP juga adalah fitnah yang cuba merosakkan imej kami. Isu Melayu tidak selamat berada di bawah Pakatan Rakyat adalah satu pembohongan . Semua iti adalah bersifat politik .

Kita boleh mengambil contoh sekarang , dalam Pakatan Rakyat menyediakan Janji Jingga PR yang mengutamakan kepentingan rakyat , UMNO sedang sibuk.menghidangkan isu dan cerita seks seperti kes fitnah liwat Anwar Ibrahim dan kini video seks. Hari-hari rakyat didendangkan dengan isu lucah dan jijik . Bertaburan video seks diedar ke rumah rakyat. Sedangkan banyak isu penyelewengan dan pembohongan pimpinan UMNO bagai hilang begitu sahaja.

Rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang , kenaikan barang-barang makanan , sara hidup yang tinggi serta pelbagai kesusahan yang dihadapi. Golongan miskin terutama orang-orang melayu lah yang sedang menghadapi kegetiran ini.

Ayuh , sedarlah wahai rakan-rakan seperjuangan . Tempat anda bukannya UMNO untuk berjuang untuk rakyat marhean . Pengalaman di dalam UMNO saya rumuskan sebagai "UMNO ADALAH PENGKHIANAT MELAYU !"

1 ulasan: