klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 20 Mac 2011

Dakwa curi ‘hasil’ tanah orang asal, Umno penipu.


KUALA LANGAT: Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani berkata tuduhan bahawa kerajaan Selangor ‘memunggah hasil’ tanah orang Asal di Kuala Langat sebagai satu pembohongan besar.

“Umno ini penipu, pembohong, pencacai. Dia buat isu ini, dia patut tunjukkan bukti” tegas Abdullah Sani kepada Keadilan Daily.

Beliau mengulas dakwaan Umno Barisan Nasional (BN) melalui akhbar Utusan Malaysia hari ini bahawa kerajaan Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat, mengambil hasil tanah orang Asal di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat.

Akhbar utama Umno BN itu memuatkan laporan kononnya kerajaan Selangor menyerahkan Tanah Simpanan Sakai itu kepada ‘pihak ketiga’ tanpa pengetahuan 4,000 penduduk orang Asal berketurunan suku Temuan di situ.

Menyifatkan berita itu satu ‘penipuan berdasarkan ‘cakap-cakap orang’ tanpa menyelidiki kebenaran sebenar, kerajaan Selangor katanya tidak pernah mengambil tanah rakyat sesuka hati seperti dilaporkan.

“Dia (Utusan) patut tunjuk bukti. Kita tak pernah ambil walau satu inci pun tanah rakyat, kita lagi bagi (tanah) ada lah. Kalau betul, dah tentu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), polis atau badan-badan tertentu dah datang ketuk pintu rumah kami (kerajaan Selangor),” tambahnya.

Jelasnya lagi, Umno BN harus berdepan dengan kerajaan Selangor sebagai ‘anak jantan’, bukan dengan melakukan propaganda jahat di media.

“Mereka ini (Umno BN) kalau tak menipu, mereka tak boleh hidup. Sila berdepan kami sebagai anak jantan, bukan dengan menipu di media perdana,” katanya.

Justeru, Abdullah Sani berkata, beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sekiranya Umno BN mengaitkan beliau dalam isu ini.

“Kalau dia sebut apa-apa berkaitan saya, saya tak akan teragak untuk saman mereka,” katanya.

PASTI SPRM TERLALU BACUL UNTUK SIASAT TAIB

TI-M: Siasat Taib untuk elak indeks rasuah merosot

Badan pemantau anti-rasuah - Transparency International-Malaysia (TI-M) - menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Presidennya, Datuk Paul Low berkata "dakwaan serius rasuah luar biasa dan penyalahgunaan kuasa" itu terhadap keluarga ketua menteri itu boleh menyebabkan indeks rasuah negara terus merosot.

transparency international malaysia corruption perception index 2008 pc 230908 paul lowBeliau mengulas dakwaan lamanweb anti-Taib - Sarawak Report -
yang mendedahkan dokumen yang mendakwa wujudnya empayar perniagaan membabitkan ketua menteri Sarawak itu di peringkat global dan dakwaan rasuah.

Beliau juga menggesa agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara, untuk menyiasat Taib berhubung kemungkinan berlakunya aktiviti kewangan yang tidak sah.

Taib akan menyambut 30 tahun mentadbir Sarawak pada 26 Mac ini.

HARGA TANDAS AWAM KERAJAAN UMNO MELAKA BERNILAI RM196,000 : KOS PALING BANGGANG DALAM DUNIA !

Dua tandas bernilai RM196,000 di Melaka tetap membazir

MELAKA: Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Masban berkata, kos menaik taraf dua tandas awam di negeri itu yang menelan belanja RM196,000 tetap merupakan satu pembaziran kronik.

Beliau merujuk kenyataan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Sapiah Haron bahawa kos dua unit tandas di Taman Botanikal Melaka itu ‘hanya’ bernilai ‘RM196,000 dan bukan RM199,800 seperti yang dinyatakan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong.

“Sepatutnya ‘projek gila’ itu melalui saluran betul, dikira dan diimbang oleh badan-badan khas supaya pembaziran melampau dapat dielakkan. Pembinaan dua tandas ini yang bernilai RM196,000 ternyata mengarut. Melihat balik, ini berpunca daripada agihan berlebihan kepada kroni,” tegasnya kepada Keadilan Daily.

Menurut Mahani lagi, kos projek itu juga menunjukkan pembaziran melampau yang dilakukan pentadbiran Ketua Menteri, Ali Rustam selain beberapa lagi projek seperti Pelancongan Pulau Besar di Melaka yang menelan jutaan ringgit, tetapi akhirnya gagal.

Khoo Poay Tiong sebelum ini mendakwa kos pembinaan dua tandas awam itu terlalu tinggi sehingga menyamai harga sebuah banglo dua tingkat.

Beliau yang turut meninjau tandas awam tersebut mendapati sebahagian alang kayu untuk menyokong bumbung tandas tersebut, retak menunjukkan sikap sambil lewa kontraktor yang dilantik.

Namun, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) hari ini mendakwa Poay Tiong tersilap angka dan menyatakan kos sebanyak RM196,000 bagi tujuan menaik taraf tandas berkenaan sebagai ‘munasabah’.

Pilihan Raya Sarawak: KEADILAN sudah lama bersedia- Baru Bian

KUCHING: KEADILAN sudah lama bersedia dan sentiasa bersedia untuk berdepan Pilihan Raya Negeri Sarawak pada bila-bila masa, kata Pengerusi KEADILAN Sarawak, Baru Bian.

Baru mengulas kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan dibubarkan Isnin ini.

Bercakap kepada Suara Keadilan, Baru menjelaskan, tahap kesiap siagaan parti itu kali ini lebih baik berbanding pilihan raya negeri 2006.

“Kita baru sahaja selesai mengadakan Konvensyen KEADILAN dan gerak kerja aktif dalam kalangan parti diteruskan. Mudah-mudahan kita mampu melakukan kejutan kali ini,” katanya kepada Suara Keadilan.

Menyentuh mengenai agihan kerusi sesama komponen Pakatan Rakyat, Baru berkata, gabungan parti itu bersama PAS, DAP dan SNAP menjadikan meja rundingan sebagai penyelesaian secara kekeluargaan.

Menurut Baru yang juga Biro Politik KEADILAN Pusat, tindakan media pro BN mempropagandakan isu itu sekadar usikan nakal untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat.

“Hakikatnya, hanya wakil komponen Pakatan Rakyat yang berunding. Laporan media BN hanya berprasangka jahat dan saya yakin persepsi yang ingin mereka cipta akan memakan diri,” katanya.

Tambah beliau, krisis yang melanda sekutu BN di Sarawak, semakin parah dan sukar diselesaikan sehingga kini meskipun dengan campurtangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sekalipun.

“DUN Pelagus misalnya, Presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB), Taib Mahmud mahukan kaum Cina, Larry Sng Wei Shen sebagai calon. Manakala Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), James Jemut Masing mahukan calon Dayak.

“Berpuluh tahun mentadbir, satu kerusi yang diwakili menteri (Larry) pun terlalu sukar diselesaikan?” soal Baru.

Menurut rekod, DUN Pelagus merupakan kuota untuk PRS namun sehingga kini, Taib tetap mahu Larry bertanding di kawasan itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sarawak mengundi setiap calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kali ini sekaligus memberikan peluang untuk perubahan dasar secara menyeluruh dilaksana negeri itu melalui agenda Buku Jingga Pakatan rakyat.

“Esok, Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali akan ke Sarawak untuk memuktamadkan senarai calon akhir parti itu untuk bertanding pada pilihan raya negeri kali ini sebelum membawanya ke mesyuarat Biro Politik di Kuala Lumpur pada Rabu depan,” kata Baru.