klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 1 Disember 2009

KEJAYAAN 52 TAHUN MEMERINTAH MALAYSIA OLEH UMNO

Sejuta keluarga miskin dan miskin tegar! ye ke 1 juta sahaja ?

(Sumber Utusan 29/11/2009)
JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.

“Tetapi apabila borang permohonan diterima, ia bukannya akan diluluskan terus, tetapi akan dinilai oleh pegawai-pegawai kementerian selepas diberikan kursus oleh ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan) Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.

November lalu, sistem kupon di bawah program Subur yang sepatutnya dilaksanakan 1 Disember ini ditangguhkan bagi membolehkan senarai penerima dikemas kini.

Perkara itu diputuskan Kabinet baru-baru ini setelah timbul rungutan serta aduan ada golongan miskin yang layak tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima.Ini termasuk mereka yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak berpuluh tahun lalu tetapi tidak layak mendapat subsidi beras.

FM - hebat betul UMNO /BN memerintah Malaysia yang dicanang-canangkan sebagai Malaysia Cemerlang ! Negara yang membangun , rakyat yang terbela dan macam-macam lagi slogan yang hebat dan canggih . UMNO lah yang merupakan parti yang mampu membela orang Melayu . Tanpa UMNO rakyat akan mampus .

Bayangkan dalam sebuah keluarga miskin ada 4 orang ( kebiasaan orang miskin anak-anak ramai . Kenapa ye ? ) didarabkan dengan 1 juta . Ada 4 juta orang miskin dalam negara . Harta rakyat dirompak oleh pemimpin UMNO / BN tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab .

Rakyat dibiarkan melarat supaya terus menagih bantuan daripada UMNO dan akan dijadikan umpan untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO setiap kali pilihanraya .

UMNO tidak ada hati untuk melihat rakyat senang dan tidak menjadi manusia yang hanya mengharapkan bantuan . UMNO seronok kalau rakyat terus merempat dan papa kedana .

Keringat dan darah rakyat terus diperah untuk kepentingan mereka .

UMNO busuk hingga ke ususnya

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata "UMNO is rotten to the core" (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka sependapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Anwar gagal buang kes liwat

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditetapkan bermula 25 Januari tahun depan selepas permohonannya untuk membuang kes tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Tarikh perbicaraan kes tersebut, yang ditunda beberapa kali akibat beberapa permohonan penasihat PKR itu, dijadual selama sebulan sehingga 25 Februari.

Pagi ini, hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan bahawa hanya perbicaraan penuh dapat mengesahkan sama ada wujud atau tidak penembusan pada dubur pengadu kes tersebut Mohd Saiful Bukhari Azlan seperti dalam pertuduhan.

Peguam mantan timbalan perdana menteri itu berhujah kes tersebut tidak patut diteruskan kerana laporan perubatan menunjukkan tiada kesan penembusan pada pengadu.

Anwar, ketua pembangkang di Parlimen, dituduh meliwat bekas pembantunya itu di sebuah kondominium di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun tahun lalu.Malaysiakini


FM - sudah dijangka kes fitnah ini akan diteruskan walaupun telah disahkan bontot Saifool ini masih dara oleh doktor di Pusrawi dan Pakar-Pakar di HKL . Ternyata wujud konspirasi bagi tujuan menjatuhkan Datuk Seri Anwar . Lawan Tetap Lawan !!!!!

AMK mendesak kerajaan membuka kurikulum BTN untuk dikaji semula

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan
1 Disember 2009

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia berpendapat bahawa pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Aziz berkenaan dengan keputusan kabinet minggu lalu untuk merombak kurikulum BTN adalah akibat daripada desakan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor. Secara langsung, Mohamed Nazri juga mengakui bahawa kursus Biro Tata Negara (BTN) hanya tumpu kepada satu kaum sahaja dan bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia” yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Najib.
Yang mengecewakan adalah kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang masih terperangkap dengan “syndrome of denial”. Beliau hanya menolak semata-mata segala kritikan terhadap BTN khasnya yang dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Tindakan tersebut seolah-olah melindungi BTN dan bersetuju untuk terus menjalankan kursus yang berunsur doktrinasi propaganda UMNO serta elemen perkauman yang sempit.
Sebenarnya, masalah BTN hanya merupakan tip of iceberg daripada sistem perkauman atau lebih dikenali sebagai institutional racism yang diwujudkan oleh Barisan Nasional sejak dulu. Masih terdapat diskriminasi di antara kaum yang telah lama wujud akibat daripada layanan yang tidak adil di kalangan rakyat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kursus BTN merupakan salah satu puncanya yang memperkukuhkan persepsi negatif tersebut.
AMK amat kesal dengan pemimpin Barisan Nasional yang masih mempertahankan masalah BTN. Mereka sepatutnya insaf terhadap kesan-kesan buruk yang telah dihasil oleh BTN. Banyak kesan buruk tersebut telah diutarakan oleh bekas-bekas peserta BTN di dalam media internet seperti Malaysiakini, Malaysia Insider dan sebagainya. Mereka sepatutnya mendengar kepada pandangan orang ramai dan bukannya menuding jari kepada Pakatan Rakyat atau Lim Kit Siang.
AMK menyeru Jabatan Perdanan Menteri untuk membukan kurikulum BTN untuk dikaji semula oleh orang awam. Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional tidak menyembunyi kurikulum BTN dan tidak takut dibuka kepada orang ramai, mengapakah sampai hari ini orang awam masih tidak pernah lihat atau baca sebarang buku teks, nota atau modul BTN?
Oleh itu, AMK percaya bahawa hanya melalui perbincangan di kalangan orang awam, satu kurikulum yang bertepatan dengan prinsip demokrasi, kebebasan, hak asasi serta kepelbagaian kaum boleh dihasil. Jikalau BTN hanya semata-mata berasaskan konsep “Satu Malaysia”, maka isi kandungannya masih serba kurang dan tidak berupaya mempertingkatkan kesedaran sivik di kalangan orang awam.

Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Majlis Penyerahan Rakaman CD Pengakuan Penyiasat Persendirian Bala kepada SPRM, Putrajaya

Susulan pendedahan berani Penyiasat Persendirian Bala tentang usaha sogokan oleh beberapa individu yang berkait rapat dengan pimpinan negara untuk menarik balik Akuan Bersumpah yang telah diikrarkan beliau mengenai hubungan Altantuya dengan PM Najib, Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat akan menyerahkan rakaman CD Bala kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok, Rabu, 2 Disember 2009, jam 2.30petang bertempat di Ibupejabat SPRM Putrajaya.
Di samping itu, satu laporan rasmi terhadap individu yang bernama Nazim Razak dan Deepak juga akan dibuat untuk mendesak SPRM melakukan siasatan segera. Justeru, AMK dan Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat menjemput semua ahli, penyokong dan rakyat Malaysia untuk turut bersama-sama ke ibupejabat SPRM esok.

Sekretariat Majlis Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat.

SAH BTN PENGHASUT PERKAUMAN DAN BARUA UMNO : MUHYIDIN , HISAMUDIN DAN AHMAD MASLAN BAIK LETAK JAWATAN LAH

BUKAN MAIN MARAH BILA SELANGOR HARAMKAN BTN ! NAFIKAN BTN ALAT POLITIK UMNO / BN ! NAFIKAN BTN PENCETUS SENTIMEN PERKAUMAN ! SEKARANG APA MACAM BRO-BRO ?
BUAT MALU UMNO/BN JE ! BAIK LETAK JAWATANLAH !
MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH !

DRAMA BERSIRI "ULAANBAATAR , PARIS , KUALA LUMPUR"

Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa TVB Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.
Drama bersiri tersebut akan dinamakan “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur”.
Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansur oleh Rebecca Chan. Sama ada berita harian ini akan direalisasikan atau tidak, yang pentingnya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mempunyai cukup untuk semua elemen yang diperlukan oleh sebuah filem. Cerita ini menglibatkan politik, skandal perempuan, senjata api, pembunuhan, sesuai untuk perfileman.

Royalti: Ku Li sedia hadir program penerangan di Kelantan

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan memberikan penerangan kepada rakyat berhubung isu royalti Petroleum Kelantan yang menjadi perdebatan hangat ketika ini.Bekas pengerusi Petronas itu berkata, beliau mungkin akan menghadiri ceramah umum yang akan diadakan satu kumpulan di Kelantan untuk memberikan penerangan berhubung isu itu.
Beliau bagaimanapun menegaskan hanya akan hadir ke program yang akan diadakan itu jika ianya tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya menyentuh kepentingan rakyat."Suatu hari nanti kalau jadi saya akan beri penerangan yang jelas di Kelantan.Katanya kumpulan di Kelantan nak menganjurkan ceramah umum.
Nanti saya beri penjelasan."Saya nak tengok supaya ini tiada kaitan dengan politik supaya ianya menyentuh kepentingan orang ramai.Kalaulah sepakat semua pihak nak adakan penjelasan secara umum, saya akan hadir," katanya ketika ditemui pemberita di lobi parlimen siang tadi.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang sebelum itu ditanya berhubung keputusannya samaada akan mempengerusikan kaukus Pakatan Rakyat (PR) yang dibentuk bagi membincangkan pertikaian royalti minyak khususnya kepada Kelantan.
Menjawab pertanyaan itu, Tengku Razaleigh berkata, beliau boleh membuat keputusan sendiri berhubung jemputan itu."Saya tak perlu terlalu banyak berfikir bekenaan jemputan ini. Saya sudah dewasa, saya boleh berfikir sendiri," katanya.
Beliau turut menegaskan, isu royalti petroleum tiada kaitan dengan mana-mana parti politik tetapi ianya melibatkan rakyat.Minggu lalu, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar Tengku Razaleigh yang merupakan bekas Naib Presiden Umno, agar mempertimbangkan dengan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan berhubung jemputan itu.
Tengku Razaleigh juga berkata, kaukus itu perlu melibatkan semua ahli parlimen tanpa mengira parti.Pada 18 November lalu pemimpin-pemimpin PR mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh bagi meminta beliau mempengerusikan satu kaukus mengenai pertikaian wang royalti minyak membabitkan kerajaan persekutuan dan Kelantan.
Malah pada minggu lalu, Tengku Razaleigh memberitahu wartawan bahawa beliau akan mempertimbangkan permintaan PR memandangkan pernah terlibat dalam "urusan minyak" sejak penubuhan Petronas dan penggubalan undang-undang yang berkaitan.
Sehubungan itu katanya, beliau akan memainkan peranan bagi menyelesaikan isu itu "jika ia benar-benar adalah satu masalah."
Tengku Razaleigh telah terlibat secara langsung dalam menggubal Akta Pembangunan Petroleum 1974 bersama Tun Salleh Abas.

SAH BTN PENYEBAR SENTIMEN PERKAUMAN DAN BARUA POLITIK UMNO/BN

Sukatan kursus BTN akan dirombak
Kabinet bersetuju merombak sukatan program kontroversi Biro Tatanegara, yang dipertikaikan Pakatan Rakyat, supaya sejajar dengan slogan 1Malaysia.
Bercakap kepada media di Parlimen hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan jemaah menteri itu dibuat bagi menjadikan kursus itu lebih merangkumi pelbagai kaum dan tidak menjadinya sumber perpecahan.
"Jadi saya bersetuju ia sewajarnya dirombak agar kurikulumnya selari dengan konsep 1Malaysia kerana kita telah membelanjakan terlalu banyak wang (untuk menjayakannya)," katanya.Tambahnya, beliau percaya arahan untuk merombak kursus BTN telah disampaikan kepada ketua setiausaha negara.
Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programmnya.Malaysiakini

ayah berdarah lagi petang tadi , tengahari ini dijangka dioperasi

Dalam kurang lebih jam 6.30 petang , ayah waktu itu sedang hendak buang air kecil . Emak saudara saya Mak Bedah bersama bapa saudara saya datang melawat . Tiba-tiba ayah beritahu , darah keluar lagi dari hidung , begitu juga dari mulut .

saya bergegas panggil jururawat di kaunter . 2 orang jururawat datang berusaha menghentikan pendarahan ayah . Saya pun turut sama demahkan ayah dengan ais di kepala . Hampir 1 jam baru darah berhenti . Ayah saya nampak semakin lemah . Terlalu banyak darah keluar dalam 3 hari ini .

Sepatutnya ayah dioperasi petang tadi . Semua dokumen dah emak saya tandatangani . Adik saya yani dah uruskan dokumen untuk kos operasi. tapi ada kes lebih serius , doktor perlu operasi orang kelantan yang mengalami pendarahan lebih teruk dari ayah , darahnya tidak berhenti-henti keluar . Ayah dijangka dioperasi tengahari nanti . Aayah beritahu petang tadi kos operasi dalam RM8000 .
Doakan ayah saya selamat dioperasi dan segera sembuh .