(Sumber Utusan 29/11/2009)
JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.
“Tetapi apabila borang permohonan diterima, ia bukannya akan diluluskan terus, tetapi akan dinilai oleh pegawai-pegawai kementerian selepas diberikan kursus oleh ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan) Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.
November lalu, sistem kupon di bawah program Subur yang sepatutnya dilaksanakan 1 Disember ini ditangguhkan bagi membolehkan senarai penerima dikemas kini.
Perkara itu diputuskan Kabinet baru-baru ini setelah timbul rungutan serta aduan ada golongan miskin yang layak tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima.Ini termasuk mereka yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak berpuluh tahun lalu tetapi tidak layak mendapat subsidi beras.
FM - hebat betul UMNO /BN memerintah Malaysia yang dicanang-canangkan sebagai Malaysia Cemerlang ! Negara yang membangun , rakyat yang terbela dan macam-macam lagi slogan yang hebat dan canggih . UMNO lah yang merupakan parti yang mampu membela orang Melayu . Tanpa UMNO rakyat akan mampus .
Bayangkan dalam sebuah keluarga miskin ada 4 orang ( kebiasaan orang miskin anak-anak ramai . Kenapa ye ? ) didarabkan dengan 1 juta . Ada 4 juta orang miskin dalam negara . Harta rakyat dirompak oleh pemimpin UMNO / BN tanpa rasa bersalah dan bertanggungjawab .
Rakyat dibiarkan melarat supaya terus menagih bantuan daripada UMNO dan akan dijadikan umpan untuk terus memberikan sokongan kepada UMNO setiap kali pilihanraya .
UMNO tidak ada hati untuk melihat rakyat senang dan tidak menjadi manusia yang hanya mengharapkan bantuan . UMNO seronok kalau rakyat terus merempat dan papa kedana .
Keringat dan darah rakyat terus diperah untuk kepentingan mereka .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan