klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 27 Mei 2009

AMINAH SANGGUP 'MAKAN KAWAN'

Pendedahan Calon Bebas , Aminah Abdullah yang mendakwa mempunyai bukti bahawa 2 orang wakil Parti Keadilan Rakyat cuba menyogoknya dengan wang RM80,000 dan tawaran jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini. Aminah juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan timbalan 1 ketua menteri. Beliau telah mengemukan bukti berbentuk rakaman audio cakera padat (CD) berhubung dakwaannya .
Akhirnya 2 orang pemimpin PKR yang didakwa oleh Aminah Abdullah tampil mengaku dan tidak menafikan ada berjumpa calon Bebas tersebut . Salah seorang yang didakwa oleh Aminah ialah Cheah Kah Peng , Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT ) PKR memberitahu bahawa perjumpaan tersebut atas dasar prinsip hubungan rapat sebagai kawan dan kehadiran beliau tidak sesekali mewakili parti dan tidak mempunyai kaitan langsung dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Kah Peng menyatakan bahawa tidak pernah menawarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 , Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang atau bayaran gantu rugi RM80,000 jika menarik diri . Malah menegaskan bahawa apa yang dibualkan telah disalah tafsirkan oleh Aminah .
Malah Kar Peng menyatakan bahawa beliau hadir ke rumah Aminah di Jelutong setelah dijemput makan tengah hari oleh Aminah bersama Peter Lim , Pagawai Khas EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana mereka sudah mengenali Aminah lebih 10 tahun sejak Aminah menjawat jawatan Ketua Wanita PKR Pulau Pinang . Malah mengakui bahawa kehadiran beliau bukan kali pertama ke rumah Aminah .
Tindakan Aminah secara jelas mempunyai niat yang bermotif . Kehadiran Cheah Kah Peng dan Peter Lim telah dipergunakan sebagai tujuan untuk memerangkap mereka berdua . Sebab itulah Aminah sanggup mengkhianati kawan dengan tindakan merakam audio perbualan mereka berdua . Tindakan 'kawan makan kawan' ini satu tindakan yang tidak bermoral telah dilakukan oleh Aminah semata-mata kerana kepentingan politik murahan beliau .
Sehingga Aminah sanggup menjemput mereka ke rumah dan merakamkannya . Ini bermakna perancangan telah dibuat daripada awal lagi oleh Aminah . Aminah sebenarnya memang berniat jahat dan tidak jujur .
Hubungan rapat Kah Peng dengan Aminah menyebabkan beliau bertindak hadir dan menerima pelawaan Aminah untuk makan tengahari di rumahnya di Jelutong . Kah Peng benar-benar kecewa dengan tindakan Aminah yang secara jelas yang dianggap kawan telah bertindak merakam perbualan mereka .
Secara logiknya , segala tawaran yang didakwa oleh Aminah tidak masuk akal. Bagaimana seorang yang menjadi calon bebas menentang PKR , kemudian menang dan ditawarkan menyertai PKR seterusnya dilantik ke jawatan ke 2 tertinggi Kerajaan Negeri Pulau Pinang . Sedangkan PKR telah mengambil keputusan melalui Lembaga Disiplin memecat keahlian mereka yang bertanding sebagai calon bebas menentang calon PKR dalam Pilihanraya Umum ke12 yang lalu . Malah ianya bukan terlalu mudah kerana melibatkan perundingan dan persetujuan Pakatan Rakyat secara kolektif.
Tawaran dan sogokan RM80,000 juga tidak masuk akal kerana dalam situasi parti yang memerlukan kewangan bagi mengerakkan tenaga kerja ke Penanti adalah amat keterlaluan tawaran tersebut dibuat .
Tawaran jawatan Yang DiPertua MPPP lagilah tidak logik . Jawatan yang hanya dilantik dikalangan pegawai kanan kerajaan negeri . Bukan boleh dijawati oleh sesiapa sahaja apatah lagi orang politik .
Justeru , secara jelas terbukti bahawa Aminah sanggup menjadi pelacur politik kerana kepentingan peribadi . Hingga sanggup 'makan kawan' .
FM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan