klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 14 Mei 2009

Permohonan tangguh burukkan politik - Fariz Musa

KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) kesal dengan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi ( Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas ) yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah .
Timbalan Ketua AMK Pusat , Fariz Musa berkata , rayuan tersebut dilihat cuba mengeruhkan keadaan dan menjadikan suasana politik di Perak bertambah teruk .
" Keadaan ini sekali lagi meletakkan situasi politik di negeri itu dalam keadaan tidak menentu," katanya kepada Sinar Harian , semalam .
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya , Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah .
Menurut Fariz , Mahkamah Tinggi sebelum ini memberi keputusan tepat berdasarkan undang-undang tubuah negeri Perak .
Katanya , perlucutan dan pemecatan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar sebelum ini adalah tindakan bertentangan dengan undang-undang dan menganggap wujudnya konspirasi untuk kepentingan pihak lain dalam usaha menguasai Perak .

( Dipetik dari Akhbar SINAR HARIAN Edisi Terengganu 14 Mei 2009 )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan