klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 11 November 2009

Tekanan Ke Atas Selngor, Kerajaan Pusat Kurangkan Peruntukan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertikaikan tindakan Kerajaan Persekutuan mengurangkan peruntukan kepada Kerajaan Negeri Selangor.Tindakan berkenaan dilihat tidak adil kerana Selangor merupakan negeri yang menyumbang hasil sebanyak RM 16 bilion kepada Kerajaan Pusat.
"Jika 20% daripada jumlah tersebut (RM3.2 bilion) dipulangkan kepada negeri Selangor, ini akan menjadikan peruntukan yang boleh diterima daripada kerajaan persekutuan lebih dua kali ganda daripada bajet semasa," kata Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembentangan Bajet 2010 di sidang DUN hari ini.Menurutnya pemberian daripada kerajaan persekutuan yang diterima sehingga 27 Oktober tahun ini hanya berjumlah RM408.26 juta.
"Jumlah ini merupakan 16.6% daripada Bajet 2009 jika dibandingkan dengan penerimaan pada tahun 2008 menunjukkan penurunan peratusan penerimaan sebanyak 21.65% daripada keseluruhan Bajet 2008 dan 17.64% daripada Bajet 2007," katanya.Khalid turut mempertikaikan amalan baru yang diamalkan Kerajaan Persekutuan di mana projek-projek persekutuan dijalankan secara terus oleh Pejabat Pembangunan Negeri melalui Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU), sebuah unit dalam Jabatan Perdana Menteri.
"Sebelum ini, projek-projek tersebut dilaksanakan oleh Pejabat Tanah dan Daerah dengan mengambil kira kesesuaian projek berdasarkan keperluan penduduk dan daerah masing-masing."Kini ia terus dilaksanakan oleh ICU selepas Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan.
Malahan, pembangunan projek-projek ini sekarang tidak lagi dilaporkan kepada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan ataupun pejabat daerah walaupun projek ini sepatutnya untuk tujuan pembangunan negeri," katanya.
Khalid berkata jumlah projek yang semakin berkurangan dan penyaluran peruntukan yang turut merosot menunjukkan kerajaan pusat bersikap tidak adil dalam menyalurkan peruntukan ke negeri itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan