klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 9 Mac 2011

Fitnah II: Doktor HKL tidak pasti berlaku sodomi ke atas Saiful

KUALA LUMPUR: Ahli Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Razuin Rahimi dalam keterangannya hari ini meragui pemeriksaan yang dilakukan beliau sebelum ini terhadap pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Malah saksi pendakwa ke-23 yang juga doktor keempat dari HKL itu menyatakan beliau tidak pasti berlakunya sodomi ke atas pengadu.

Menurut Dr Razuin, dalam borang proforma, beliau menandakan aduan pengadu sebagai ‘percubaan’ liwat.

Ini kerana menurut Dr Razuin, beliau tidak pasti penestrasi seperti didakwa Saiful sampai sehingga ke bahagian rektum ataupun tidak.

“Jika ia sampai, sudah pasti saya menandakannya sebagai ‘berlaku’ seks rektal,” katanya yang kini merupakan Ahli Patologi Forensik di Hospital Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ketua pasukan peguam cara, Karpal Singh.

Lebih teruk lagi, Dr Razuin turut terkedu sebaik diasak Karpal yang meminta pengesahan Dr Razuin bahawa tidak berlaku liwat kerana dalam borang proforma cuma tertulis ‘percubaan’.

Berikut adalah jawapan Dr Razuin kepada mahkamah.

Karpal: Bukankah seks rektal itu sodomi (liwat)?

Dr Razuin: Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu.

Karpal: Rektum bukan sebahagian daripada dubur?

Dr Razuin: Tidak Yang Arif.

Karpal: Untuk sampai ke rektum kita perlu melalui dubur bukan?

Dr Razuin: (Senyap)

Terdahulu, Dr Razuin juga mendakwa sebahagian tulisan dalam borang proforma diisi pegawai penyiasat, Jude Pereira.

Beliau juga tidak ingat secara tepat bila kenyataannya dirakamkan Pereira namun beliau mengingati beliau ditemui Pereira sebanyak dua kali, pertama sekitar Januari 2011 dan kedua kira-kira tiga minggu lalu di kampungnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan