DNA sperma Saiful: Saksi pendakwa elak jawab soalan, sembunyi maklumat
KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah 2 yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendedahkan fakta bahawa DNA sperma milik Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui dengan banyaknya di bahagian dubur pengadu itu sendiri.
Perkara itu diakui Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong, ketika disoal balas peguam Anwar, Ram Karpal Singh.
Terdahulu mahkamah dikejutkan dengan kenyataan Ram bahawa peguam bela menemui dua lagi DNA ditubuh Saiful, tidak termasuk tiga DNA yang ditemui Dr Seah ketika memeriksa pengadu itu.
Sesi soal balas peguam terhadap Dr Seah pada sebelah petang juga menyaksikan saksi pendakwa ke-5 itu mengelak menjawab beberapa soalan yang ditanya peguam.
Ia berhubung sampel yang dianalisa pakar kimia itu pada 1 Julai 2008, iaitu beberapa hari selepas Saiful membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat.
3.22 petang - Ram Karpal mempersoal mengapa DNA Lelaki Y ditemui pada kawasan hadapan berhampiran zip sedangkan jika liwat berlaku dan ia ‘bocor’, sepatutnya ia ditemui pada bahagian berhampiran cawat seluar atau cawat seluar dalam.
“Kalau ejakulasi berlaku dalam dubur selepas 56 jam, sepatutnya ada kebocoran pada bahagian belakang bukan? Dan bukannya pada bahagian hadapan seluar bukan?” tanya Ram Karpal.
“Saya tak mahu jawab sebab saya tak mahu buat spekulasi,” kata Dr Seah.
Dr Seah juga dikiritik Ram Karpal kerana tidak mendedahkan jenis fabrik yang juga akan mempengaruhi analisa DNA yang dilakukan sebelum ini.
Saksi pendakwa itu juga kemudian mengakui DNA Saiful ditemui dalam jumlah yang banyak dalam duburnya sendiri, iaitu pada bahan bukti B9 yang merupakan calitan kapas di bahagian atas rektum dubur Saiful.
3.04 petang- Dr Seah memilih untuk tidak menjawab beberapa soalan malah tidak membawa beberapa dokumen yang diperlukan untuk perbicaraan kes Fitnah 2 ini.
Di antaranya beliau tidak mampu menjawab peratusan DNA yang ditemui pada spesimen sperma dan bukan sperma pada bahan bukti.
“Berapa peratus DNA anda temui pada spesimen bukti sperma dan bukan sperma?” tanya Ram Karpal.
“Saya tidak dapat jawab sekarang, saya tiada maklumat tersebut dengan saya,” kata Dr Seah.
“Anda ada rekod dengan anda tapi memilih untuk tidak bawa ke mahkamah,” kata Ram Karpal.
3.10 petang – Dr Seah juga didapati tidak menjalankan analisis secara menyeluruh dengan mengambil kira faktor ‘kemerosotan’ DNA yang berada dalam tubuh Saiful hampir 56 jam sebelum analisis dilakukan Jabatan Kimia.
“Bagaimana anda menentukan kemerosotan DNA dalam dubur Saiful memandangkan sampel hanya dianalisa hampir 56 jam kemudian”tanya Ram Karpal.
“Tidak penting buat saya,”kata Dr Seah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan