
UMNO Negeri Selangor benar-benar takut dengan bayang-bayang sendiri dan cuba memutarbelitkan kenyataan serta tidak berpijak di bumi yang nyata apabila tidak dapat menerima hakikat dan kenyataan bahawa pekung yang selama ini ditutup daripada rakyat telah terbongkar dan cuba membentuk persepsi kepada rakyat bahawa tindakan PR ( Pakatan Rakyat ) hanyalah bersifat retorik politik .
Saya tertarik dengan kenyataan Ketua UMNO bahagian Shah Alam , Datuk Ahmad Nawawi Md Zin menyatakan bahawa PR hendakkan kuasa Menteri Besar melebihi kuasa Sultan , benar-benar menampakkan kebodohan dan kedangkalan sewaktu berucap di perhimpunan di Dataran Shah Alam kepada para penyokong mereka .
Sikap putar belit atau putar alam pemimpin UMNO Selangor ini memberikan gambaran yang jelas bahawa mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa UMNO adalah parti yang telah mengambil tindakan pada 1993 , meminda perlembagaan persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 yang telah merampas secara kurang ajar dan biadap terhadap kuasa Raja-Raja Melayu . Dengan memberikan kuasa mutlak kepada Kerajaan Persekutuan melalui kuasa kepada Ketua Setiausaha Negara serta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam ( SPA ) dalam melantik 3 jawatan utama Kerajaan Negeri Selangor .
Waktu itu UMNO terutama sekali 'Mamak Bendahara' Dr. Mahathir Mohamad telah 'menelanjangkan' Raja-Raja Melayu di hadapan rakyat bagi menyokong tindakan 'rampasan kuasa' mereka dengan melakukan pindaan perlembagaan yang menghakis kuasa-kuasa Institusi Raja-Raja .
Usul pindaan Perkara 52 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 yang dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Selangor adalah secara komited untuk mempertahankan kedudukan dan kuasa Raja-Raja Melayu khususnya dalam konteks negeri Selangor iaitu DYMM Sultan Selangor . Sekiranya usul pindaan tersebut diterima bermakna DYMM Sultan dan MB Selangor serta Kerajaan Negeri mempunyai kuasa yang mutlak terhadap perlantikan Pegawai-pegawai Eksekutif Ex-Officio tersebut dan bukan lagi oleh Kerajaan Persekutuan .
Sepertimana yang dijangka , malangnya usul tersebut tidak mendapat sokongan majoriti 2/3 Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) iaitu dengan keputusan 34 orang menyokong dan 20 lagi tidak menyokong . ADUN-ADUN UMNO/BN dengan tegas dan bangga tidak menyokong pindaan perlembagaan tersebut yang nyata "MENDAULATKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN"daripada 'MENDAULATKAN DYMM SULTAN SELANGOR ".

UMNO dengan secara terbukti merampas kuasa DYMM Sultan Selangor . Insiden 1993 rampasan kuasa besar-besaran UMNO daripada Istitusi Raja-Raja dibuktikan sekali lagi dengan sikap keangkuhan menolak usul pindaan tersebut dan akan menjadi bahan sejarah bahawa UMNO PENDERHAKA RAJA-RAJA MELAYU .
UMNO bukan sahaja menderhaka dan merampas kuasa DYMM Sultan tetapi sebusuk-busuk kejadian , masanya sudah tiba untuk rakyat menunjukkan 'kuasa' kepada UMNO /BN . UBAH SEKARANG , SELAMATKAN SELANGOR , SELAMATKAN MALAYSIA !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan