Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak agar YAB Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan YAB Menteri Besar Negeri Terengganu , Datuk Ahmad Said memberikan penjelasan dan menghentikan dengan segera berkaitan isu penubuhan Terengganu Investment Authority ( TIA ) yang ditubuhkan dengan tidak mengikut saluran yang sewajarnya iaitu dengan kelulusan Dewan Undangan Negeri Terengganu . TIA seharusnya ditubuh di bawah kerajaan negeri Terengganu bukannya oleh Kerajaan Persekutuan . Kerana TIA ditubuhkan sebagai pemegang amanah rakyat Terengganu .
Tindakan yang dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) serta dengan penglibatan secara khusus Kerajaan Persekutuaan terhadap pengurusan Royalti Minyak ini seharusnya dibincangkan di dalam Dewan Undangan Negeri kerana ianya melibatkan hak rakyat Terengganu . Tindakan biadab UMNO dan BN ini dengan membelakangkan dewan yang mulia dan sanggup untuk sekian kalinya menggadaikan maruah seluruh rakyat Terengganu benar-benar sangat mengecewakan .
Tindakan yang dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) serta dengan penglibatan secara khusus Kerajaan Persekutuaan terhadap pengurusan Royalti Minyak ini seharusnya dibincangkan di dalam Dewan Undangan Negeri kerana ianya melibatkan hak rakyat Terengganu . Tindakan biadab UMNO dan BN ini dengan membelakangkan dewan yang mulia dan sanggup untuk sekian kalinya menggadaikan maruah seluruh rakyat Terengganu benar-benar sangat mengecewakan .
AMK Negeri Terengganu difahamkan bahawa TIA yang dipertanggungjawabkan mengutip dana sejumlah RM5 Billion dengan bersandarkan royalti minyak yang akan diperolehi . Dengan kata lain tindakan tersebut seolah-olah mensandarkan atau mengadaikan seluruh rakyat Terengganu . Sedangkan rakyat negeri Terengganu masih terus mempersoalkan sejumlah RM15 Billion yang tidak tahu kemana dibelanjakan . Rakyat Terengganu masih kekal miskin dan negeri Terengganu berdasarkan kaji selidik Unit Perancang Ekonomi ( UPEN ) sebagai negeri ke 2 miskin di Malaysia . Negeri kaya tetapi rakyat menderita .
Dalam Malaysiainsider.com bertarikh 23 Mei 2009 melaporkan ,"Mubadala Development Co, the investment arm of the Abu Dhabi government, will invest about US$1.8 billion (RM6.3 billion) in a property development project in Malaysia. The project involves the construction of hotels and villas on a 1,200-hectare site in Terengganu, the Edge Weekly reported, citing Shahrol Azral Ibrahim Halmi, CEO of the Terengganu Investment Authority (TIA).Mubadala will invest the amount over seven years while TIA will buy the land from the state government and inject it into the joint venture, said Shahrol.
AMK Negeri Terengganu ingin menegaskan bahawa bukan hotel dan villa yang diperlukan oleh rakyat negeri Terengganu , terutama anak-anak muda . Mereka memerlukan industri dan perkilangan yang memberikan pekerjaan kepada mereka . Komitmen Kerajaan Negeri Terengganu dengan penubuhan dan pembinaan Herritage Beach Club di Pulau Duyong tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat negeri Terengganu termasuk tidak memberikan kesan positif kepada industri perlancungan negeri Terengganu . Menjadi projek gajah putih yang membazirkan wang rakyat negeri Terengganu. Pembelian tanah oleh TIA sudah pasti dengan campurtangan kerajaan negeri Terengganu akan menyebabkan pembelian tanah rakyat dengan secara murah .
Tindakan menubuhkan TIA tanpa kelulusan Dewan Undangan Negeri Terengganu adalah salah , membelakangkan dan mengkhianati rakyat negeri Terengganu . Dalam suasana ekonomi negara yang berada di tahap yang lembab dan membimbangkan , tabungan negara yang semakin berkurangan , tindakan sebegini oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Ahmad Said , Menteri Besar Negeri Terengganu serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Terengganu adalah tindakan jahat yang sanggup melacurkan rakyat Terengganu dengan mengadaikan hasil royalti minyak Terengganu .
Justeru AMK Negeri Terengganu mendesak YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan YAB Datuk Ahmad Said menghentikan operasi TIA dan menyerahkan penubuhan TIA ini kepada Dewan Undangan Negeri untuk dibincang dan diluluskan sekiranya tindakan mengadaikan hak rakyat Terengganu ini memberikan kesan yang positif .
SELAMATKAN TERENGGANU !
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan