klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 17 Mei 2009

FITNAH ANWAR : ANIFAH AMAN DIDESAK TARIK BALIK KENYATAAN

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Menteri Luar bahawa beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Anifah Aman.
Pada pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat , Hillary Clinton di pejabat beliau di Washington dan semasa sidang akhbar Anifah mendakwa Anwar membuat tawaran jawatan kepada beliau ketika timbul ura-ura Ahli-Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional mahu melompat ke Pakatan Rakyat.
Persoalannya kenapa Anifah tidak membuat pendedahan itu di sidang Parlimen yang lalu. Pada sidang Parlimen yang lalu, Anifah dan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional dicabar oleh Anwar untuk mengaku jika mereka disogok wang ringgit dan jawatan untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tidak ada seorang pun yang bangun menyahut cabaran itu, termasuk Anifah Aman. Anwar mengajukan cabaran itu ketika membahaskan krisis perlembagaan Perak yang baru tercetus ketika itu akibat rampasan kuasa oleh Barisan Nasional.
Apa yang tidak diberitahu oleh Anifah pada sidang media bersama Clinton ialah Najib Razak, yang menawarkan habuan politik kepada 3 ADUN Pakatan Rakyat Perak untuk melompat keluar dan menyokong BN. Sehingga berlaku rampasan kuasa secara jijik dan kotor oleh Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib Razak .
Berkemungkinan Anifah membuat tuduhan melulu dan dangkal terhadap Anwar kerana tersentak dengan pertanyaan media asing kepada Clinton mengenai layanan Malaysia terhadap Anwar. Apapun tuduhan liarnya itu bukan sahaja tidak kena tempat tetapi mempamerkan sifat Anifah sebagai seorang opportunis politik. Seorang pencacai dan pengampu politik kepada Najib Razak , Perdana Menteri Malaysia kerana telah diberikan jawatan Menteri Luar kepada beliau .
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim , Sankara Nair ketika dihubungi TV Antara berkata dakwaan Anifah itu berbaur fitnah dan Anwar telah mengarahkan beliau menghantar surat tuntutan mendesak Anifah menarik balik kenyataan beliau dan memberikan tempoh 24 jam kepada Menteri Luar itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap beliau . Sekiranya Anifah gagal , Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada Anifah kerana memfitnah .
Anifah juga mengambil langkah defensif mempertahankan Perdana Menteri Najib Razak berhubung dakwaan kaitan beliau dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu. Sedangkan terdapat 18 buah akhbar negara tersebut telah mendedahkan penglibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya . Berkeyakinan Clinton tidak begitu bodoh mempercayai kenyataan biadab dan fitnah yang dibuat oleh Anifah . Kalau betul Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menawarkan sogokan jawatan kepada beliau , nyatakan bukti dan kesahihan tawaran tersebut. Di luar negara berani berkokok tapi bacul di negara sendiri .
fariz musa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan