klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 16 Mei 2009

NAJIB : TIDAK RAMPAS KUASA DI PERAK ???

Menjawab soalan daripada pemberita , Najib Tun Razak menafikan bahawa berlaku rampasan kuasa di Perak . Sedangkan apa yang berlaku di Perak , semua orang mengetahui adalah satu tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh beliau dan UMNO / BN . Bermula dengan tindakan menculik 2 exco / ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat yang tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan . Tiba-tiba muncul dengan mengambil tindakan melompat parti dan menjadi ADUN Bebas . Malah di ikuti oleh seorang ADUN lagi daripada DAP . Terlalu jijik menyebut nama-nama mereka ini .
Tindakan tersebutlah mengakibatkan Najib Tun Razak dan UMNO / BN mengambil ruang bertindak merampas kuasa dengan mengulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat . Walaupun tindakan tersebut bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak , mereka sanggup mempergunakan DYMM Sultan Perak bagi memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru daripada UMNO / BN. Akhirnya DYMM Sultan dimalukan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perlantikan Menteri Besar oleh DYMM Sultan Perak adalah tidak sah . Keputusan yang berlandaskan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Perak .
Dalam kenyataan beliau juga , Najib cuba mengaitkan dengan tindakan 16 September yang pernah dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim . Cubaan untuk 'merampas kuasa' yang gagal . Sedangkan apa yang berlaku di Perak adalah jauh berbeza dengan apa yang berlaku dengan 16 September . 16 September tidak pernah gagal . 16 September tetap 'dimenangi' oleh Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila melihat ketakutan dan kekalutan UMNO / BN dengan tarikh keramat tersebut . Sekurang-kurangnya serangan psikologi berjaya mengemparkan rakyat Malaysia dan memperlihatkan kesediaan rakyat untuk merubah kerajaan . Malah sehingga sekarang rakyat Malaysia masih menunggu tarikh 16 September tersebut .
Tiada tindakan membeli , merasuah atau menculik ahli-ahli Parlimen BN bagi merealitikan 16 September . Berbeda dengan Najib dan UMNO / BN yang mempergunakan taktik yang kotor dan keji dalam usaha merampas kerajaan negeri Perak . Menculik , membeli dan merasuah 3 ADUN pengkhianat tersebut bagi merealitikan rampasan kuasa di Perak . Malah sanggup memperbodohkan DYMM Sultan Perak .
Najib Tun Razak dalam satu kenyataan yang dipetik di Malaysiakini menyatakan , Sultan Perak juga tidak harus dipersalahkan kerana baginda mengamalkan prinsip dan semangat demokrasi yang sama ketika melantik menteri besar daripada pembangkang dan juga BN. Najib Tun Razak tidak seharusnya menegakkan benang yang basah , kenyataan memperbetulkan fakta yang salah . Tindakan di Perak jelas melanggar prinsip dan semangat demokrasi malah melanggar undang-undang . Kalau DYMM Sultan Perak tidak harus dipersalahkan , ini bermakna yang paling layak untuk dipersalahkan dalam kes rampasan kuasa di perak ini ialah beliau , Najib Tun Razak .
Beliaulah menjadi konspirator utama dalam tindakan merampas kuasa dan yang menjadikan negeri Perak kucar-kacir . Rakyat Perak seluruhnya wajar menuding jari ke muka Najib Razak bahawa beliaulah merupakan penyebab berlakunya konflik politik di Perak dan menjadi punca hilangnya harga diri dan kehormatan DYMM Sultan Perak di mata dan hati rakyat .

Fariz Musa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan