AMK membantah cadangan YAB Menteri Pelajaran yang bertindak menyarankan agar cadangan mewajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggris ( BI ) di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan. Sekiranya cadangan ini dilaksanakan sudah pasti yang menjadi kesan ialah kepada para pelajar di luar bandar , desa dan pendalaman . Kajian terperinci adalah perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum cadangan tersebut diimplimentasikan .
Dalam suasana keghairahan rakyat menuntut agar perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ( PPSMI ) dimansuhkan , adalah terlalu dangkal apabila cadangan mewajibkan lulus BI di peringkat SPM . Malah kajian 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) mendapati dasar PPSMI hanya berjaya meningkatkan 4% penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua matapelajaran tersebut.
Malah menurut 53 pakar bahasa daripada beberapa buah universiti iaitu Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara mendapati dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 % murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.
AMK mengharapkan agar pendidikan negara jangan dipolitikkan dan lebih ketara lagi apabila pendidikan di'niaga'kan bagi meraih keuntungan dan laba daripada kontrak pembelian komputer riba , perisian , projektor LCD , buku-buku dan sebagainya yang kononnya atas prinsip pendidikan negara atau memperkasakan BI kepada para pelajar . Malah Kerajaan Malaysia terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi daripada harga asal bagi mengimplimentasikan cadangan tersebut melalui pembelian barang-barang tersebut . Syarikat-syarikat kroni diberikan kontrak bagi membekalkan barangan-barangan tersebut dengan sebutharga yang berlipat kali ganda . Ada yang mendapat kontrak secara terus daripada Kementerian Pelajaran tanpa tender di atas arahan VVIP tertentu . Malah setiap tahun Laporan Ketua Audit Negara juga membuktikan betapa dahsyatnya amalan rasuah dan penyelewengan berlaku dalam tadbirurus kewangan Kementerian Pelajaran Malaysia .

Kegagalan PPSMI semestinya menjadi kayu ukur sebelum mencadangkan saranan tersebut . Persediaan guru BI adalah lebih diutamakan , guru yang benar-benar berkemahiran dan menguasai BI perlu dilatih sebelum mengimplimentasikan cadangan tersebut . Bukannya bertindak secara drastik yang akhirnya menghasilkan natijah kepada para pelajar terutama para pelajar di desa dan luar bandar yang serba kekurangan dan persekitaran yang tidak membantu mereka .
Bayangkan sekiranya para pelajar ini yang majoriti mereka adalah pelajar melayu gagal memperolehi sijil penuh SPM disebabkan kegagalan mereka dalam mata pelajaran BI di peringkat SPM . Nasib mereka akan menjadi kabur atau gelap disebabkan kegagalan mereka untuk lulus mata pelajaran tersebut , cita-cita mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi akan terbantut dan membunuh semangat generasi muda ini .
Justeru , AMK membantah cadangan tersebut dan meminta agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia bertindak secara rasional dan relevan dan jangan memperjudikan nasib para pelajar kita dengan dasar yang " setiap kali menteri baru mengambil alih , setiap kali dasar baru akan dicipta ". Para pelajar kita yang menjadi mangsa dengan kerakusan pimpinan UMNO yang tidak memikirkan nasib dan kemampuan para pelajar kita terutama para pelajar di desa , luar bandar dan pendalaman yang serba kekurangan .
Apa yang perlu diambil tindakan oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yasin selaku Menteri Pelajaran memansuhkan segera PPSMI bukannya mencadangkan satu idea atau cadangan yang menampakkan kebodohan beliau di saat rakyat menuntut mansuhkan PPSMI . Adalah amat mengecewakan apabila Pemuda UMNO menyokong tindakan cadangan tersebut.
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan