AMK Negeri Terengganu mendesak pihak Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahana Rasuah ( SPRM ) segera mengambil tindakan dan siasatan terhadap insiden keruntuhan Stadium Sultan Mizan yang runtuh pada pagi tadi .
Siasatan secara terperinci dan pendakwaan harus dibuat dengan segera terhadap kejadian tersebut termasuk terhadap Jabatan Kerja Raya , konsultan yang terlibat pembinaan bumbung stadium dan Bekas Menteri Besar Negeri Terengganu , Datuk Seri Idris Jusoh yang terlibat secara langsung terhadap pembinaan stadium yang berprestij itu .
Kos pembinaan stadium tersebut yang menelan belanja RM270 juta dan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas. Stadium yang baru berumur setahun tersebut terlalu cepat runtuh dan melibatkan ratusan juta wang rakyat Negeri Terengganu !
AMK Negeri Terengganu benar-benar mengharapkan satu tindakan yang tegas yang diambil oleh semua pihak terutama pihak Polis dan SPRM . AMK merapatkan kesyukuran kerana insiden tersebut tidak melibatkan sebarang jiwa terkorban .
Kejadian yang bukan sahaja memalukan tapi membuktikan ada perkara yang tidak betul telah berlaku terhadap pembinaan stadium tersebut dan perlu diperjelaskan dan diambil tindakan. Ketelusan pihak polis dan SPRM adalah perlu.
Semua pihak yang terlibat dalam proses pembinaan tersebut adalah perlu diambil tindakan tegas dan tidak terlepas daripada sebarang tindakan undang-undang termasuklah konsultan asing yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan stadium itu .
YB Datuk Seri Idris Jusoh dan YAB Datuk Ahmad Said perlu bertanggungjawab dalam insiden tersebut . Kerana kedua-dua mereka terlibat dalam pembinaan stadium tersebut kerana Datuk Ahmad Said adalah EXCO Kerajaan Negeri sewaktu di bawah pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh selaku MB Terengganu .
Kerajaan Negeri Terengganu juga tidak boleh lepas tangan dalam insiden ini dan perlu memberikan penjelasan terhadap runtuhnya hampir 40% Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut kerana melibatkan wang rakyat .
Fariz Musa.
Ketua AMK Negeri Terengganu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan