klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 5 Julai 2009

77% undi isu keretakan PR di Kedah kecil

Di dalam satu undian SMS Edisi 7 malam tadi , 77% responden berpendapat keretakan Pakatan Rakyat di Kedah boleh dikategorikan sebagai kecil dan cuma 23% menyatakan disebaliknya.Ia memberikan nafas lega bagi pemimpin-pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat bukan sahaja di Kedah malah diseluruh negara kerana sepastinya isu berkenaan akan gagal dipergunakan oleh UMNO BN untuk meraih sokongan rakyat kepada mereka.
Sementara itu, Jawatankuasa Kerja Pusat DAP dijangka akan mengadakan mesyuarat minggu depan bagi membincangkan tindakan DAP Kedah keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata mesyuarat itu akan diadakan selepas mendapat maklum balas daripada Penasihat DAP, Lim Kit Siang, esok."Saya percaya surat (daripada DAP Kedah) telah dihantar ke ibu pejabat (DAP). Saya belum baca surat itu lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Fotografi sempena pengisytiharan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia, di sini, hari ini.
Rabu lepas, Pengerusi DAP Kedah, Thomas Su mengumumkan DAP keluar daripada pakatan pembangkang negeri kerana tidak berpuas hati dengan beberapa isu termasuk tindakan merobohkan satu-satunya pusat penyembelihan babi di Kampung Berjaya, Alor Setar.Beliau juga menyifatkan kerajaan Kedah pimpinan PAS sebagai lemah dan sering menimbulkan masalah termasuk mengenakan kuota perumahan Bumiputera sebanyak 50 peratus.
Di dalam perkembangan berkaitan wakil rakyat tunggal DAP di Kedah Lee Guan Aik hari ini mengisytiharkan dirinya sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas dan berkecuali dan tidak lagi menjadi penyokong kerajaan negeri.Sebagai ADUN bebas dan berkecuali, katanya, beliau juga tidak akan menyokong Barisan Nasional (BN) tetapi sebaliknya hanya menyokong pihak yang benar sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan