Beberapa SMS saya terima hari ini dari individu yang tidak dikenali , mengutuk perhimpunan mansuh ISA dengan menyatakan bahawa pimpinan PR menjadi dalang tercetus suasana huru-hara dan mengakibatkan para peniaga kerugian .
Sesiapa pun yang ada di sana sudah pasti dapat menyatakan kebenarannya . Siapa yang mencetus keadaan ini berlaku ? Siapa yang menyebabkan suasana aman menjadi huru-hara ? Siapa yang bertindak brutal tanpa akal fikir menjadikan suasana yang sepatutnya berjalan dengan aman damai bertukar menjadi seperti medan pertempuran ?
Semua tahu , bahawa lokasi seperti di hadapan Pasaraya SOGO , Masjid Jamek dan Masjid Negara adalah lokasi tempat berkumpul . Kita bukan hendak melakukan perhimpunan Mansuh ISA di semua vanue tersebut . Tujuan kita ialah berkumpul di situ dan bergerak ke Istana Negara . Motif kita pada hari tersebut ialah menghantar Memorandum Bantahan ISA kepada DYMM Yang DiPertuan Agong .
Malah semua yang hadir daripada seluruh pelusuk negara , secara aman turun ke semua vanue tanpa sebarang senjata . Mereka datang dengan berbekalkan kuatan diri dan semangat jitu serta keberanian menentang akta zalim ISA yang perlu dimansuhkan . Saya yakin mereka semua hadir bukan hendak atau berniat untuk membuat huru-hara atau mencetuskan rusuhan .
Sewaktu berada di Masjid Jamek dan Pasaraya Sogo , aktiviti harian peniaga dan orang awam berjalan sepertimana biasa . Apa mereka tidak tahu adanya perhimpunan atau demonstarsi ? Mereka semua tahu . Mereka tidak takutkah ? Mereka sememang tidak takut kerana mereka tahu demonstrasi yang dianjurkan tidak mengugat keselamatan mereka , tidak perlu untuk mereka tutup kedai mereka . Mereka tahu semua ahli demonstran berhimpun secara aman . Bukan hendak membuat huru-hara .
Kalau betul perhimpunan atau demonstrasi menyebabkan ketegangan , rusuhan atau huru-hara sudah pasti segala aktiviti perniagaan dan sebagainya akan ditutup dan orang awam akan menjauhkan diri daripada vanue2 tersebut . Sehingga jam 2 petang , Pasaraya SOGO masih beroperasi . Perniaga masih berniaga sepertimana biasa . Malah sewaktu saya sampai dalam jam 12 tengahari , peniaga-peniaga kecil pasar minggu Jalan TAR sedang membetulkan gerai-gerai mereka untuk meniaga . Sewaktu selesai perhimpunan pun saya masih melalui di situ , orang ramai sesak dan aktiviti perniagaan berjalan dengan baik tanpa masalah seolah-olah tiada apa yang berlaku .
Kalau betul kita hendak merusuh , sudah pasti banyak kerosakan harta awam yang dilakukan , kereta-kereta dipecahkan , bakar sana sini . Tetapi tidak ada harta awam yang rosak, tidak ada bangunan yang dibakar atau tidak sebuah kereta pun yang dirosak atau dipecahkan . Tidak ada . Yang merosakkan suasana dan keadaan ialah pihak polis yang menembak air pancutan berasid membabi buta. Merosakkan harta awam , kedai-kedai dipancutkan dengan air berasid menyebabkan peniaga terpaksa menutup kedai ! Tembakan gas pemedih mata sehingga gas tersebut masuk ke dalam Kompleks Pertama , bayangkan ditempat tertutup , gas yang pedih dan memeritkan , peniaga terpaksa menutup kedai mereka . Polis seperti anjing mencari mangsa , masuk ke dalam Pasaraya Sogo , Kompleks Pertama untuk menangkap para demonstran . Suasana menjadi kelam kabut . Peniaga terpaksa menutup kedai mereka ! Orang awam , tua muda , remaja dan kanak-kanak terhidu gas pemedih mata . Bayangkan orang dewasa pun tak tertahan apabila terkena gas tersebut , inikan pula kanan-kanak . Ramai juga yang pengsan ! Ada yang jatuh ke sungai apabila terkena pancutan air berasid !
Siapa sebenarnya yang membuat huru-hara ini ? siapa yang membuat peniaga kerugian ? Objektif kita ialah ke Istana Negara ! Kita bukan hendak mengadakan perhimpunan di situ ! Kita juga bukan hendak merusuh atau serang Istana Negara ! Kita semua berhimpun sebagai tanda sokongan kepada pimpinan untuk menyampaikan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong !
Sewaktu saya bersama Chegu Bard mengetuai pergerakan ke Istana Negara bersama ribuan yang lain , kami dihalang oleh pihak FRU dengan tembakan gas pemedih mata ! Menyebabkan kami terpaksa berpatah balik ke Sogo. Sedangkan kami sudah berjalan hampir 3 kilometer.
Dalang punca huru hara ini ialah NAJIB , HISAMUDDIN , MUSA HASAN dan SABTU ! Mereka perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku . Bukan Pimpinan PR !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan