
Itu petikan yang saya ambil daripada blog China Islam . Saya amat mengenali Ustaz Zulkefly @ Ustaz Zul . Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. 5 Tahun di Negeri Sembilan sewaktu saya berkhidmat sebagai guru di Felda Palong , Jempol , Negeri Sembilan dan bergerak aktif sebagai Setiausaha Keadilan Cabang Jempol memberikan saya ruang mengenali Ustaz Zul.
Seorang yang sangat kuat bekerja , mempunyai semangat juang yang tinggi serta komitmen kepada perjaungan parti PAS . Sekiranya ada jemputan berceramah di sekitar Negeri Sembilan , saya pasti akan digandingkan bersama Ustaz Zul.
Beliau sentiasa membicarakan isu-isu berkaitan rakyat Negeri Sembilan yang diperbodohkan oleh UMNO Negeri Sembilan . Semangat juangnya dan istiqamah beliau dalam perjuangan menjadikan suasana politik di Negeri Sembilan semakin menghampiri untuk merampas Negeri Sembilan dari UMNO. PRU 12 UMNO/BN Negeri Sembilan hilang 2/3 majoriti.
Saya amat bersetuju sekiranya beliau dipilih oleh pucuk pimpinan PAS untuk bertanding sebagai calon PAS di PRK bagan Pinang . Saya dan jentera AMK akan turun membantu dan bekerja habis-habisan bagi memastikan kemenangan PAS di PRK Bagan Pinang atas prinsip setiakawan Pakatan Rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan