klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 13 November 2009

Tamparan Hebat Buat Puak-Puak UMNO Temerloh, Beberapa Pemimpin Bahagian Dan Cawangan Bertindak Sertai Pakatan Rakyat


TEMERLOH, 12 Nov [8.20 pm] - Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang semakin kukuh dan kuat dibawah pimpinan Pengerusi Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman. Terbaru, beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian dan cawangan dekat sini telah menyertai parti itu. Satu pertemuan khas telah diadakan di Restoran Saika, Jalan Ibrahim dekat sini dan bakal membawa perubahan yang cukup besar terhadap UMNO Bahagian Temerloh khasnya dan Pahang amnya selepas ini.

Beberapa buah ranting baru PKR akan ditubuhkan pada pertengahan bulan Disember 2009 ini, yang meliputi kampung-kampung sekitar DUN Lanchang, Kuala Semantan dan Mentakab. Salah seorang bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh yang turut mengisi borang menyertai PKR iaitu Saudara Rosli Ismail berkata, beliau dan rakan-rakannya akan menubuhkan 4 buah ranting PKR dalam jangka terdekat ini, dan beliau dan rakan-rakannya sedang mengumpulkan rakan-rakan mereka dari UMNO dibeberapa buah taman perumahan di Taman Rimba, Bukit Bendera, Taman Saga dan Batu Kapur.

Gerak gempur sedang dilakukan oleh PKR sekarang untuk menawan hati rakyat Pahang. Adalah dijangkakan, sekurang-kurangnya dua buah cawangan UMNO di DUN Lanchang akan dibubarkan. Manakala itu, Cikgu Jalaludin bin Johan, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh yang menyerahkan borang penyertaannya kedalam PKR menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya akan menubuhkan beberapa buah Ranting di DUN Lanchang, dan beliau menyatakan bahawa penduduk DUN Lanchang sudah hilang keyakinan terhadap UMNO dan BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan