klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 29 November 2009

UMNO USAH BOHONG PASAL BTN


Semua pimpinan UMNO , daripada Muhyidin yasin , Hisamuddin Hussein dan sebagainya cukup melatah di atas tindakan Kerajaan pakatan Rakyat Selangor melarang semua kakitangan , pelajar dan semua dibawah kuasa takluk kerajaan negeri daripada menyertai program BTN .

Tetapi tidak seorang pun menafikan bahawa BTN adalah alat dan perkakas UMNO dan pencetus kepada perpecahan kaum . Semua bercakap pasal program BTN hendak membina negara dan menjelaskan konsep 1 Malaysia . Menyalak bengis terhadap tindakan kerajaan negeri Selangor .

nampaknya mereka sudah hilang arah . Sudah bercelaru apabila BTN yang merupakan badan di bawah Jabatan Perdana Menteri dipertikaikan peranannya . Dituduh racist dan menjadi pencetus kepada perpecahan rakyat Malaysia apabila agenda Ketuanan Melayu dan Ketuanan UMNO sebagai intipati program mereka .

Kewangan atau peruntukan BTN tidak pernah diaudit dan tidak perlu diaudit . Silibus BTN yang kononnya memperjuangkan konsep 1 Malaysia , membina negara dan menjelaskan dasar-dasar kerajaan hanyalah di atas kertas semata-mata . Tetapi BTN adalah alat yang digunakan oleh UMNO semaksimum untuk mendoktrinisasikan fahaman sempit Melayu dalam ertikata UMNO , menghina kaum lain , memfitnah DS Anwar dan Pakatan Rakyat .

Menyatakan hanya UMNO yang mampu menyelamatkan Melayu dan negara . Hanya UMNO ketuanan Melayu akan dipertahankan , bahasa Melayu , agama Islam akan diangkat tinggi . Semuanya kerana UMNO . Kerana pemimpin-pemimpin UMNO . Fakta sebenar disembunyikan atau dipesong dan direka-rekakan. Fitnah menjadi silibus utama latihan oleh barua mereka .

BTN memang wajar dibubarkan . BTN wajar diISAkan kerana penghasut dan mengapi-apikan perkauman . Mencetus dan mendidik minda rakyat dengan fahaman racist sempit .

BTN adalah pendokong UMNO !

farizmusa.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Patutla Selangor mengharamkan BTN.
    Secara ringkasnya BTN bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan masadepan rakyatnya. PR (Pakatan Rasuah) bermatlamat untuk memusnahkan integriti negara dan ISLAM.
    Tak hairanla.....

    BalasPadam
  2. sokong yang teramat sokong...sebagai seorang mahasiswa tajaan JPA ke luar negara saya juga terpaksa mengikuti kursus ini di Shah Alam. Saya amat malu dengan rakan-rakan cina yang mengikuti sama kursus ini apabila agenda UMNO yang amat racist seperti kaum cina komunis, hanya melayu umni memperjuangkan kemerdekaan, hak istimewa orang melayu...BTN memang racist

    BalasPadam