klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 6 Disember 2009

wajarkah syarikat asal membaikpulih stadium sultan mizan zainal abidin ? dimanakah laporan siasatan perunding Britain ? siasatan SPRM apa cerita ?

saya benar-benar tidak dapat menerima keputusan yang di buat oleh kabinet melalui mesyuarat pasca-kabinet pada 6 November lalu mengarahkan syarikat atau kontraktor asal membina semula dan membaikpulih stadium sulatan mizan zainal abidin yang runtuh pada jun lalu .

Tidak dinafikan bahawa segala kos membaikpulih stadium tersebut ditanggung oleh syarikat tersebut kerana masih dalam edah jaminan , namun tidak semestinya syarikat tersebut harus dipertanggungjawabkan membina kembali stadium tersebut .

Ini bukan seperti membeli barangan elektrik yang tiba-tiba rosak masih dalam tempoh jaminan . syarikat tersebut perlu membaiki atau mengantikannya tanpa sebarang bayaran dan mesti bertanggungjawab .

kes ini adalah berbeda . ini melibatkan keselamatan dan nyawa . bagaimana syarikat yang penyebab kepada stadium yang berharga rm292 juta runtuh menyembah bumi , sebagai syarikat yang gagal dan tidak berkemampuan menjalankan kerja pembinaan stadium tersebut. malah disahkan tidak mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja pembinaan bangunan seperti stadium .

memang wajar kos ditanggung oleh syarikat tersebut . tetapi pembinaan semula stadium tersebut mesti diberikan kepada syarikat yang lebih berwibawa dan berpengalaman dalam membina bangunan serta struktur bumbung dan pemilihan syarikat kontraktor tersebut mestilah melalui tender terbuka . bukan lantik ikut suka sahaja .

sehingga sekarang tidak ada sebarang tindakan diambil kepada syarikat tersebut samada melalui tindakan undang-undang , tindakan oleh kementerian kerja raya serta oleh SPRM . malah sehingga saat ini masih belum terdapat hasilan siasatan yang di buat oleh perunding dari Britain yang dilantik oleh kerajaan didedahkan kepada umum punca kejadian tersebut . kos kerugian serta siapa yang bertanggungjawab terhadap tragedi tersebut .

Bukankah syarikat kontraktor tersebut wajar disenarai hitamkan , dibatalkan segala kelulusan membina bangunan atau digantung daripada menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan sehingga siasatan terperinci dilakukan oleh pihak SPRM dan polis . Adalah tidak munasabah tidak ada seorang pun diambil tindakan undang-undang terhadap insiden tersebut.
SPRM maklumkan bahawa hasil siasatan sudah 90% pada 3 bulan yang lalu . Takkan masih belum siap ? atau sengaja tidak disiapkan dan dibiarkan 'bergantung tanpa tali' ? atau SPRM pun telah di 'rasuah' supaya tidak mendedah , mendakwa dan mengambil tindakan secara telus , adil dan profesional .

kejadian stadium tersebut runtuh bukan disebabkan oleh fenomena alam seperti ribut , gempa bumi atau sebab-sebab oleh malapetaka alam yang lain . ini bermakna ianya adalah berpunca kepada kegagalan syarikat kontarktor tersebut termasuk subkontraktor membina bumbung dari Korea .

terlalu banyak persoalan yang boleh dipertikaikan daripada tindakan yang dilakukan oleh kabinet apabila meluluskan agar syarikat tersebut melakukan kerja-kerja pembinaan semula stadium tersebut .
malah JKR Negeri Terengganu juga yang terlibat dalam penyelenggaraan stadium tersebut tidak diambil tindakan . bukankah JKR Negeri Terengganu juga harus bertanggungjawab kerana membenarkan stadium tersebut dirasmikan dan digunapakai tanpa SIJIL SIAP KERJA . Jenayah terang-terangan yang dilakukan oleh JKR Negeri Terengganu . syukur sewaktu kejadian tidak ada nyawa rakyat yang melayang . bayangkan sewaktu kejadian tersebut ribuan rakyat sedang berada di stadium tersebut ?

saya benar-benar kecewa dan tidak bersetuju dengan keputusan yang dilakukan oleh kabinet . termasuk tindakan pihak SPRM dan Polis .

SELAMATKAN WANG RAKYAT

1 ulasan:

  1. saya merupakan seorang pelajar yg berda di luar terengganu, kejadian bumbung stadium ni memang memalukan rakyat terengganu,dan negara khususnya, ini kerana stadium tersebut tersenarai antara stadium yang mana struktur bumbungnya tidak menggunakan tiang, dan struktur ini hanya terdapat di beberapa buah negara sahaja di asia, bagi saya syarikat pembinaan itu harus menangung kos membaikpulih stadium itu, tetapi pembaikan itu haruslah di jalankan oleh syarikat lain yang berpengalaman, kerajaan harus mengkaji semula tindakannya, ini kerana bimbang pisang akan berbuah dua kali, dan kami rakyat terengganu tidak rela di malukan lagi...

    BalasPadam