klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 18 Januari 2010

adus penatnya... baru sampai daripada kuantan

Saya semalam berada di Kuantan . Bertolak jam 4 lebih dan sampai jam 8.30 maam untuk menghadiri Jamuan Makan Malam di Tan Jung Restoran , Kuantan . Sesampai di restoran tersebut majlis baru bermula dengan kehadiran YB datuk Seri Anwar Ibrahim , Ketua Umum Keadilan .
Saya disambut oleh teman-teman AMK Pahang . Dan duduk di meja khas yang telah disediakan . Saya di fahamkan sejumlah 98 meja disediakan dalam dewan tersebut dan bermakna ada 980 orang jemputan yang hadir yang terdiri daripada kaum tionghua , india , melayu , orang asal , orang felda dan sebagainya . Turut hadir bersama Datuk Chua Jui Meng , YB Tian Chua , Sdr. Shamsul Iskandar .
Beberapa orang tokoh menyampaikan ucapan , dimulakan kata aluan Dato' Fauzi Abd. Rahman , Penegrusi MPN Pahang . Diikuti pula ucapan Datuk Chua Jui Meng yang penuh bersemangat . Waktu dalam MCA tak pernah dia berucap sedemikian rupa. Dan seterusnya ucaputama oleh Datuk seri Anwar Ibrahim .
Saya kemudian bergegas ke tapak ceramah bertempat di Pejabat MPN pahang di Jalan Beserah. Ribuan yang hadir untuk mendengar ucapan pimpinan terutama amanat Ketua Umum.
Tahniah kepada Keadilan Pahang serta AMK Pahang !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan