klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 25 Januari 2010

Hasmuzir ( Jak ) ditahan sewaktu edar risalah qazaf


Saya balik ke rumah semalam jam 4.30 pagi.

Hasmuzir ( Jak ) , Setiausaha Kerja AMK Malaysia ditahan oleh pihak polis sewaktu sedang mengedarkan risalah qazaf yang diterbitkan oleh AMK Malaysia sewaktu ceramah DSAI di Lembah Pantai . Sebelum itu pihak polis telah menghalang ceramah yang sedang diadakan iaitu ketika DSAI sedang menyampaikan ucapan .
Jak di bawa ke Balai Polis Pantai . Teman-teman seperti Najmee ( Ketua AMK Subang ) , Azman ( Timbalan Ketua AMK Kelana Jaya ) , Sdr Nazree ( bekas Pengerusi Gerak ) dan ramai lagi telah berada di Balai Polis memberikan sokongan kepada Jak.
Dalam jam 2.15 pagi Jak telah di bawa ke Balai Polis Brickfeild utuk diambil gambar dan cop jari. Dalam jam 3.15 pagi , Jak dibebaskan dengan ikat jamin polis.

1 ulasan: