Saya tertarik dengan suasana pemilihan 2010 . Setakat hari ke 2 pemilihan yang dijalankan oleh 38 cabang pada 29 dan 30 Oktober 2010 memperlihatkan bagaimana bertaburan chai/kumpulan beredar di semua lokasi pusat-pusat pembuangan undi .
Sememangnya pemilihan kali ini agak hebat dan mendapat perhatian serta pemerhatian dari banyak pihak terutama ahli-ahli parti .
Sememangnya pemilihan kali ini agak hebat dan mendapat perhatian serta pemerhatian dari banyak pihak terutama ahli-ahli parti .
Berdasarkan laporan YB Setiausaha Agong , Saifuddin Nasution Ismail menyatakan setakat ini hanya 15 - 20% sahaja ahli-ahli turun menunaikan tanggungjawab mereka hadir membuang undi, memilih kepimpinan di MPP , MP Wanita dan MP AMK . Agak berbeza kehadiran berbanding MATC dan pemilihan di peringkat cabang. namun perlaksanaan demokrasi berkelangsungan dalam parti .
Saya juga tidak ketinggalan menerima SMS agar memilih chai-chai tertentu. Menarik dan hebat. Suasana kempen yang berjalan dengan pelbagai teknik dan cara termasuk penggunaan facebook. Malah ada nama-nama yang tidak saya kenali . Ada juga yang dikenali dan mempunyai kemampuan memimpin dan komimen yang tinggi.
Adakah wajar kita memilih pemimpin berdasarkan chai atau kumpulan ? Orang yang bernasib baik ada dalam kesemua chai , sudah pasti akan mendapat undi yang lebih banyak berbanding mereka yang hanya berada dalam satu chai . Sebenarnya amalan chai ini sudah berlaku disetiap kali pemilihan parti 3 tahun sekali . Sudah mangli dengan amalan tersebut . Tetapi persoalannya adakah wajar kita teruskan amalan tersebut ?
Ucapan saya dalam ucapan penangguhan Kongres Nasional AMK di Kelantan , saya tetap tegas dan meminta perwakilan AMK agar memilih kepimpinan AMK bukan berdasarkan chai , tetapi merit atau kelayakkan serta kebolehan sebagai pemimpin di peringkat nasional . Kewibawaan , kebolehan , kemampuan , komitmen , kesungguhan , kesetiaan , diuji dan tahan diuji , kuat dan berkredibiliti .
Pengalaman saya berada dalam AMK ( sebelum ini Pemuda Keadilan ) selama 12 tahun dan Majlis Pimpinan Pusat ( sebelum ini MPT ) memberikan saya kesedaran bahawa sistem chai ini adalah gagal . Ada yang menang dan memegang jawatan kerana chai / kumpulan tetapi sebenarnya gagal memainkan peranan sebagai pemimpin nasional . Sewaktu bertanding bukan main lagi semangatnya , tetapi bila sudah menang , untuk hadir mesyuarat yang hanya sebulan sekali pun terlalu sukar . Ada yang hanya hebat di cabang , tetapi tidak layak berada di saf pimpinan nasional . Ada sesetengah adalah nama atau tokoh yang tersohor , tetapi gagal membantu dan memberikan khidmat bakti yang terbaik . Tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai barisan pimpinan yang baik .
Nampaknya pemilihan kali ini , masih berkelangsungan suasana yang sama . Masing-masing membawa barisan chai/kumpulan agar diberikan undi. Adakala mereka tidak sedar bahawa pemilihan ini adalah menentukan saf kepimpinan di peringkat nasional . Saf kepimpinan yang akan membawa imej parti . Saf kepimpinan yang akan membawa parti ke Putrajaya . Membawa wadah dan polisi parti agar rakyat dapat memberikan keyakinan kepada parti untuk mengurustadbirkan Kerajaan Persekutuan . Membawa Ketua Umum sebagai Perdana Menteri Malaysia yang didokongi oleh parti-parti sahabat dalam Pakatan Rakyat .
Saf kepimpinan dan mampu "berdiri sama tinggi dan duduk sama redah" dengan parti sahabat dan UMNO/BN . Disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan . Mempunyai imej diperingkat nasional dan internasional .
Harapan saya ialah , seluruh ahli parti memilih pemimpin berdasarkan merit bukannya kerana chai/kumpulan . Mereka yang punya wibawa untuk dinobatkan dalam pimpinan . Mampu membawa imej parti dan kesetiaan kepada parti yang tinggi . Berkebolehan dan komitmen yang tinggi .
Ada kedengaran bahawa ada calon tertentu menggunakan wang/rasuah untuk meraih undi. Benarkah ? Kalau benar berlaku adalah amat malang jika selama ini kita secara terang menentang amalan keji ini , tetapi berlaku dalam pemilihan parti. Saya yakin ahli akan menolak perlakuan dan tindakan sebegitu . Malah WAJIB untuk kita menolak pemimpin KORUP daripada berada dalam parti kita !
Saya tertarik dengan salah orang ahli parti sewaktu di PRK Galas . Ujarnya ahli tersebut, " ramai orang datang , mintak undi , hulurkan kad , dia hulur kad kami ambil. Tapi undi kami tidak bagi sebab datang semata-mata hendak berkempen pemilihan parti . Bukan nak tolong kami ." Saya hanya mengangguk dan mengiyakan pandangan tersebut .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan