Tarikh pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, di Gua Musang, Kelantan ditetapkan pada 4 November ini. Keputusan itu dibuat selepas SPR bermesyuarat pagi ini, katanya dalam satu sidang akhbar di Putrajaya. Pilihan raya kecil itu akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama dan Suku Tahun Kedua 2010 yang telah dikemaskini sehingga 27 September lalu. Menurut Wan Ahmad, seramai 11,553 pengundi yang melibat 11,426 pengundi biasa dan 127 pengundi pos, layak memilih ADUN Galas. "Pengundi di Galas ini, yang berumur 21 tahun pun ada, yang lebih 100 tahun pun ada, yang paling tua berumur 111 tahun," katanya. Sebanyak 11 sekolah, sebuah balai dan dewan akan digunakan sebagai tempat mengundi yang membabit 25 saluran. Wan Ahmad juga berkata 323 petugas telah dilantik oleh SPR bagi melicinkan perjalanan pilihan raya itu. Beliau berkata kira-kira RM1.3 juta diperuntukkan bagi menjalankan pilihan raya kecil itu berikutan kawasannya luas dan melibatkan empat pusat mengundi yang perlu menggunakan perkhidmatan helikopter. Galas terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang bersama DUN Nenggiri dan DUN Paloh. Wan Ahmad berkata SPR menjangkakan lebih 81 peratus pengundi akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu, iaitu peratusan dalam pilihan raya umum lalu berikutan tumpuan kini terarah pada kawasan berkenaan. | ||
( malaysiakini ) |
Rabu, 6 Oktober 2010
PRK Galas: 4 Nov undi, 26 Okt penamaan calon
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan