klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 2 November 2010

Ketua Audit Negara: Saya boleh siasat apa saja ... Untuk Apa ????? Sebaiknya Bubar Sahaja Agensi Ini !

"Ketua Audit Negara: Saya boleh siasat apa saja" itulah tajuk yang saya baca dari portal web malaysiakini . Kenyataan yang benar-benar menarik minat saya untuk mengulas. Tidak perlulah saya ulas kenyataan lengkap beliau. Cukup terhadap tajuk yang terpampang untuk saya ulaskan.

Sememangnya kenyataan tersebut adalah benar dan betul. Ketua Audit Negara boleh siasat apa sahaja. Malah kalau berdasar Laporan Ketua Audit Negara 2009 dilihat agensi ini mempunyai ketelusan dengan melapor terhadap segala penyelewengan , pembaziran , ketidaktelusan , tidak profesional dan kebobrokkan dalam mengurustadbir wang rakyat sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun di peringkat Kerajaan Negeri .

Pembelanjaan merapu , membelian barangan yang melampau dan harga yang tidak masuk akal, projek terbengkalai serta pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara sebenarnya adlah tidak ke mana. Hanya sekadar laporan dan tetap hanya cetakan serta helaian perlaksanaan tugas oleh Audit Negara terhadap penggunaan dana rakyat . Sekadar itu sahaja. Tidak lebih daripada itu .

Walaupun cukup nyata apabila laporan tersebut yang memperlihatkan unsur-unsur rasuah , penyelewengan dan pembaziran wang rakyat , tiada sebarang tindakan secara serius dan telus di ambil oleh pihak yang berwajib . Sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja .

Malah Ketua Audit Negara pun tidak diberikan sebarang kuasa oleh kerajaan intuk mengambil tindakan seperti mendakwa mereka yang terlibat . Apa lagi oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat seperti pihak polis , SPRM mahupun Jabatan Peguam Negara .

Apa lagi ianya melibatkan tokoh-tokoh politik parti kerajaan . Semua akan di sapu di bawah karpet semata-mata . Malah setiap tahun semakin teruk dan parah lagi pembaziran wang rakyat dilaporkan . Pelaku dan mereka yang bertanggungjawab tetap bebas daripada sebarang tindakan walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dilakukan sebelum ini.

Pandangan saya ialah agensi ini wajar ditutup sahaja. Mansuhkan sahaja jawatan Ketua Audit Negara dan Jabatan Audit Negara . Tugas hanya untuk mengaudit , menyiasat dan melapor semata-mata . Tiada sebarang tindakan susulan dan diberikan kuasa .

Saya setuju kalau kenyataan Ketua Audit Negara hanya boleh siasat apa sahaja. Tetapi untuk apa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan