klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 4 November 2010

Pengundi hantu di Batu Sapi

SANDAKAN 4 Nov - Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya apabila Ketua Tempat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Karamunting membenarkan seorang wanita yang dipercayai pengundi hantu untuk membuang undi di pusat pengundian tersebut.

Menurut Ketua Daerah Mengundi KEADILAN Karamunting di Bokara, Mohd Fareez Kamarul Intidzam, pengundi hantu itu membawa kad pengenalan yang menunjukkan beliau dilahirkan pada tahun 1938 iaitu berusia 72 tahun tetapi mempunyai raut wajah seorang wanita yang berumur awal 30-an.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai 'Misbah Sulaiman' mempunyai kad pengenalan bernombor 380203-12-5388 cuba mengundi di Saluran 1 tetapi menghilangkan diri setelah identiti beliau terdedah.

"Persoalannya bagaimana wanita tersebut boleh bolos di kaunter semakan SPR dan kemudiannya KTM juga seolah-olah menutup mata sebelah terhadap kehadiran pengundi hantu tersebut. Kalau benar dia pengundi kenapa mesti lari apabila kita mahu bertanyakan kepada beliau?

"Kita tuntut SPR akan lebih telus dan berhati-hati bagi memastikan tidak ada lagi kejadian seperti ini berlaku.

"Ini baru satu insiden cubaan membenarkan pengundi hantu masuk ke pusat pengundian untuk menbuang undi, bagaimana pula kes-kes yang lain?," kata Mohd Fareez.

Bantahan tersebut telah dibuat oleh salah seorang Agen Pengundian dan Pengira Undi (Paca), Latifah Varshy Ibrahim setelah menyedari percubaan mengundi oleh individu tersebut.

Beliau juga membangkitkan tentang penggunaan buku daftar mengundi yang berbeza antara apa yang gunapakai oleh SPR dan salinan yang diberi kepada parti yang bertanding.

"Kita dapati dalam buku daftar pengundi yang diberikan SPR terdapat beberapa halaman yang hilang. Apabila kami periksa dengan salinan yang ada pada SPR, halaman yang hilang itu mengandungi nama pengundi yang mempunyai nombor kada pengenalan baru seolah-olah baru
semalam kad pengenalan di keluarkan," jelas beliau lagi.

Sementara itu wakil calon, James Lim Ching Ding berkata Ketua JDM KEADILAN Jalan Sibuga telal bantahan apabila calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin didapati berbual dengan KTM di Sekolah Kebangsaan Agama Sandakan.

"Paca kita di situ telah memberitahu calon BN bahawa beliau telah melanggar peraturan pilihan raya dan pihak KEADILAN, BN dan SPR telah sama-sama menandatangani surat bantahan," jelas Lim.

Proses pengundian pada pilihan raya kecil P185 Batu Sapi yang bermula pukul 8.00 pagi tadi secara keseluruhannya berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan