klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 18 Februari 2011

keadilan Kuala Krau lancar Bilik Gerakan PRK DUN Kerdau

17 Februari 2011 , Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau yang dipimpin oleh Tuan Haji Shuhaimi Said yang juga merupakan Pengerusi Biro Felda Pusat hari ini telah melancarkan Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat sempena Pilihanraya Kecil DUN Kerdau yang bakal diadakan ekoran ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Walaupun pihak SPR belum lagi mengumumkan tarikh PRK DUN Kerdau dan bakal diketahui pada 20 Februari 2011 nanti selepas SPR mengadakan mesyuarat , Parti Keadilan Cabang Kuala Krau telah mengambil inisiatif awal dengan mempersiapkan Bilik Gerakan dan jentera bagi menghadapi PRK DUN Kerdau .

Pelancaran Bilik Gerakan tersebut bertempat di Jengka 22 , DUN Kerdau telah disempurnakan oleh Dato Fauzi Abdul Rahman yang merupakan Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri Pahang . Turut hadir dalam menyampaikan ceramah pada program tersebut ialah YB Tian Chua , Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat , Sdr. Fariz Musa ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Tuan Haji Shuhaimi Said.

Walaupun pada awal ada usaha untuk menghalang program pelancaran tersebut oleh Pengurusan Felda dan UMNO Cawangan , namun telah berjaya ditangani dan program pelancaran tersebut yang dihadiri hampir 300 orang yang merupakan warga peneroka Felda serta dapat dijalankan dengan jayanya .

Tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat Cabang Kuala Krau dan seluruh barisan kepimpinannya yang telah mengambil tindakan segera serta inisiatif yang proaktif bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di DUN Kerdau .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan