
Satu hari Rosmah memaklumkan kepada suaminya yang bercadang untuk bercuti ke luar negara tapi menggunakan wang rakyat konon atas lawatan rasmi isteri Perdana Menteri . Suaminya meminta supaya Rosmah memberitahu kepada Perdana Menteri tentang hajatnya tersebut .

Lalu Perdana Menteri dengan pantas mengarahkan Menteri Kewangan dengan tegas supaya meluluskan budjet yang luar biasa kepada Rosmah . Kerana Rosmah adalah merupakan FLOM dan BIG MAMA. Kerana arahan Perdana Menteri maka Menteri Kewangan tanpa membantah , akur dan taat kepada Perdana Menteri bersetuju untuk meluluskan budjet yang luar biasa kepada FLOM dan rombongannya serta bersedia untuk tambah lagi budjet tersebut .
Rosmah Mansur tergedik-gedik gembira kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah meluluskan lawatannya ke luar negara . Lalu memujuk suaminya untuk tinggal di hotel mewah ala selebriti dan bini tokey minyak berharga RM 100,000 semalam . Suaminya cakap dia tidak ada duit , nanti dia cakap pada Perdana Menteri . Lantas dengan pantas , suami Rosmah Mansur memaklumkan kepada Perdana Menteri yang isterinya ( FLOM ) teringin nak duduk dalam bilik hotel harga RM 100,000 . Perdana Menteri lantas berfikir dan termenung . Perdana Menteri tidak setuju.

Lalu selepas itu beliau terus mengarahkan Menteri Kewangan supaya meluluskan penginapan FLOM . Sebagai Menteri Kewangan yang sentiasa taat kepada Perdana Menteri terutama Rosmah yang merupakan FLOM , budjet penginapan untuk 10 hari di 3 buah negara diluluskan . begitulah kisahnya...
ROSMAH DIDAHULUKAN, FLOM DIUTAMAKAN !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan