Pada 29 Jun 2008 , seluruh negara digegarkan dengan satu berita pertuduhan yang melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang kononnya beliau didakwa meliwat seorang lelaki bernama Saiful Bukhari Azlan yang juga merupakan pembantu khas di pejabat beliau. Dalam pertuduhan kes tersebut, Saiful Bahari mendakwa Mantan Timbalan Perdana Menteri telah melakukan perbuatan seks terhadap dirinya pada beberapa hari lepas bertempat di salah sebuah kondominium di sekitar Damansara pada 26 Jun 2008 .
Jumpa Najib dan Rodwan
Sebelum itu , Saiful telah bertemu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak di kediamannya pada 24 Jun 2008 dan telah mengaku bahawa beliau telah diliwat . Walaupun pada awalnya Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa mengenali Saiful , namun setelah gambar Saiful yang diambil di hadapan pejabat Timbalan Perdana Menteri bersama pegawai khas beliau akhirnya Datuk Seri Najib Tun Razak mengaku mengenali Saiful .
Dan pada tarikh yang sama juga Saiful juga telah mengaku bahawa berjumpa dengan SAC I Datuk Mohd Rodwan Yusof (yang kini menjawat Ketua Polis Melaka) di Hotel Melia , Jalan Imbi jam 8 malam , Saiful memberitahu telah menceritakan masalahnya kepada SAC 1 Rodwan bahawa beliau diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim . Adakah benar perkara tersebut berlaku atau merupakan satu siri perancangan rapi ? Sehingga begitu istimewa Saiful dilayan sedemikian rupa . Siapakah SAC Datuk Mohd Rodwan Yusof ? Beliaulah pegawai polis yang terlibat dalam kes Fitnah 1 pada tahun 1998 .
Laporan doktor tidak diliwat
Saiful Bukhari Azlan telah membuat laporan polis bertarikh 28 Jun 2008 dengan menyatakan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim telah meliwatnya beberapa kali ( 9 kali ) . Sebelum membuat laporan polis secara rasmi Saiful telah pergi ke Hospital Pusrawi . Dr Mohamed Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi mendapati tiada tanda sebarang koyakkan , pendarahan atau penanahan pada lubang dubur Saiful .
Kemudian beliau ke HKL dan telah diperiksa oleh 3 orang pakar yang juga mengesahkan “tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur/rektum”.
Penolakan rayuan dan penafian hak
Tetapi malangnya usaha rayuan Dato' Seri untuk memohon agar kes tersebut ditolak oleh mahkamah gagal walaupun telah membawa bukti berdasarkan laporan doktor Hospital Pusrawi dan 3 orang pakar daripada HKL . Mahkamah juga telah menafikan hak Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada memperolehi segala dokumen termasuk bahan-bahan kes walaupun beberapa kali para peguam beliau memohon agar semua dokumen-dokumen serta bahan-bahan kes diserahkan kepada tertuduh . Ini sudah pasti menyukarkan barisan peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam membela anak guamnya.
Konspirasi terancang
Berdasarkan maklumat di atas , terbukti ini adalah perancangan atau konspirasi terancang yang melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak , Datuk Ghani Patail Peguam Negara , Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Hakim Mahkamah iaitu Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah bagi tujuan menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim .
Percanggahan pertuduhan
Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dituduh di bawah Seksyen 377B adalah kesalahan yang dilakukan secara sukerala tanpa paksaan, atau dipanggil consensual . Pendakwaraya cuba mempertahankan bahawa tiada perbezaan antara Seksyen 377B dan 377C . Seksyen 377C ialah kesalahan secara paksaan . Dalam pembicaraan Saiful beberapa kali menyatakan bahawa beliau telah diliwat tanpa kerelaannya .
Sewaktu soal balas peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadap Dr. Khairul Nizam yang merupakan Ketua unit kemalangan dan kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memeriksa dan mewawancara Saiful menegaskan bahawa Saiful memberitahu yang beliau dipaksa dan melawan apabila disuruh melakukan 'oral seks' dan diliwat . Sedangkan dalam laporan doktor tercatat perkataan 'cubaan oral seks' dan cubaan diliwat'.
Secara asasnya ianya adalah bercanggah dan bertentangan dengan pertuduhan yang dilakukan ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim iaitu Seksyen 377B . Sukarela tanpa paksaan dan sedangkan Saiful tegaskan dia telah dipaksa , tidak rela , marah dan melawan .
Bukti baru dan usung seluar dalam
Percanggahan fakta sewaktu perbicaraan serta penemuan 'bukti baru' telah meletakkan kepercayaan bahawa kes tersebut adalah fitnah dan perlu dihentikan dengan segera . Satu perbicaraan yang memalukan sistem kehakiman negara . Kalau tahun 1998 , tilam diusung ke mahkamah , tetapi kali ini seluar dalam pula di'usung' .
Kes ini sudah sepatutnya dihentikan dan tidak berasas . Tidak relevan dan tidak masuk akal . Apa yang berlaku termasuk rentetan kejadian adalah membuktikan wujudnya konspirasi yang bermotifkan politik untuk 'membunuh' dan menjatuhkan reputasi serta karier Dato' Seri Anwar Ibrahim serta usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya .
Bebaskan Anwar !!!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan