Katanya, tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.
Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun.
“Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun,” ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi.
Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus
Anwar dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang melanda negara seperti rasuah dan salahgunakuasa.
Tambah beliau, ketika rakyat berdepan isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan.
Malah katanya, Umno menggunakan strategi jahat untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik.
“Tak ada fitnah melampau seperti ini. “Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan,” ujar beliau.
Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat.
Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar.
Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat.
TANK U PAS LUV YOU PORNJUANG BANGSA 1 MALAYA SAJA UMAH UMAH UMAH ........Sabtu, April 30, 2011
BalasPadamDAP kafir harbi semakin kuat, PAS semakin lemah!!!
pada 4/30/2011 10:59:00 PM Posted by Aspirasi
KUALA TERENGGANU 30 April - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Pas tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.
Perdana Menteri berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, Pas telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.
"Kita lihat poster di sini (Terengganu) “Pas ganti UMNO”, realitinya “DAP ganti Pas”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), Pas berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP.
"Pas, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, di sini hari ini. - Bernama .
Terhangat!!! Nik Aziz suruh Anwar bersumpah
Posted on May 1, 2011 by rmf7
Oleh rmf
Rata rata penyokong PAS telah menolak sumpah yang dilakukan oleh Saiful, Eskay yang mana dikatakn tiada didalam Islam dan tidak mengikut syariat yang dibenarkan walaupun telah bersumpah dengan menggunakan nama nama Allah.
Pada hari ini Nik Aziz dan bersependapat dengan Mufti Perlis yang mana menyarankan dilakukan upacara sumpah dibuat oleh kedua belah pihak untuk menyatakan kebenaran.
Dato eskay telah pun melakukan nya didalam sebuah Masjid walaupun ditentang hebat oleh Penyokong PKR yang diketu