Manusia merancang namun Tuhan menentukan – ungkapan ini yang dikitar berulang kali, sekali lagi menyerlah dan menunjukkan hikmahnya dalam fitnah video lucah yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Perancangan begitu licik yang disusun untuk oleh Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay termasuk mendapatkan pelakon yang mirip wajah Anwar (tetapi bukan perutnya) terbongkar apabila berdepan dengan aturan hidup Anwar yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
Kepemimpinan Umno yang merestui fitnah yang didalangi oleh Rahim dan Eskay tidak mengambilkira kebarangkalian Anwar menggunakan Twitter pada masa sama perbuatan sumbang itu dirakam di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Tetapi hakikatnya itulah yang berlaku dan bukti diterjemahkan menerusi sembilan pesanan Twitter yang di hantar sendiri oleh Anwar mulai 10.38 malam hingga 11.06 malam pada 21 Februari lalu.
Rakaman video lucah, sebagaimana yang diterangkan oleh Eskay sendiri kepada wartawan, dibuat di antara pukul 10.20 hingga 10.41 malam.
Seperti yang diperjelaskan pula oleh Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, semua laporan oleh mereka yang menonton video itu setakat ini tidak mengesan si pelaku melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan Twitter.
Jika ada, maka tentulah hebat orangnya!.
Bukti Twitter Anwar itu diperkuatkan dengan pengakuan tiga orang yang menyaksikan video lucah itu atas jemputan Eskay dan Rahim Thamby Chik iaitu Ahli Parlimen Sungei Petani Datuk Johari Abdul, bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shahrin dan wartawan Harakah Wan Nordin Wan Yaakob.
Ketiga-tiga mereka menonton video itu secara berasingan tetapi memberi perakuan sama – iaitu pelaku dalam rakaman mempunyai iras wajah Anwar tetapi bukan susuk badan dan bahasa tubuh (body language atau mannerism) Ketua Pembangkang itu.
Segala pengakuan tiga individu ini sama ada dipadamkan begitu sahaja atau dimanipulasi oleh Utusan Malaysia dan blogger upahan Umno.
Manakala bukti-bukti catatan Twitter oleh Anwar seperti yang dijelaskan oleh Rafizi tidak langsung diberikan ruangan dalam Utusan Malaysia.
Sebaliknya akhbar itu dan blog-blog upahan Umno terus mendakwa kononnya twitter Anwar hanya menunjukkan catatan pada pukul 11.38 malam, kononnya apabila rakaman video lucah itu selesai.
Laporan itu jelas bermotif fitnah semata-mata, kerana, sebagaimana yang diterangkan oleh Rafizi, catatan Twitter di Malaysia adalah sejam lebih awal kerana ia berlandaskan waktu yang dirakam oleh server Twitter di San Francisco, Amerika Syarikat.
Server berkenaan terikat kepada zon waktu Amerika Syarikat yang diubah ketika musim sejak antara November hingga Mac dan memberi kesan kepada waktu catatan twitter di seluruh dunia termasuk Malaysia.
Apa yang jelas ialah fitnah Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay digunakan secara licik oleh pucuk pimpinan Umno untuk menggerakkan serangan terbaru terhadap Anwar menjelang Pilihanraya Negeri Sarawak.
Justeru media arus perdana Utusan Malaysia sekali lagi kelihatan diarah untuk memainkan isu Twitter dan Facebook bagi menguatkan fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu.
Namun kedangkalan dan niat jahat Umno, Utusan dan blog-blog upahan parti itu mengenai Twitter dan Facebook tetap terserlah dan memerangkap diri.
Penjelasan Rafizi hari ini bukan maklumat rahsia. Ia boleh diperolehi daripada sesiapa yang arif mengenai Twitter dan Facebook.
Namun maklumat yang benar hanya akan diperolehi oleh orang yang mencari kebenaran, bukan pihak yang mahu menghalalkan fitnah dengan pembohongan demi pembohongan.
Bagaimanapun persoalan yang masih tinggal adalah sama ada Anwar akan “dibebaskan” oleh polis bersabit video lucah ini.
Mereka yang arif mengenai politik Umno tidak akan terkejut jika fitnah video ini dibiarkan berlarutan dan polis “memerlukan lebih masa untuk menjalankan siasatan terperinci.”
Pada masa sama, Utusan Malaysia, blog dan media kawalan Umno yang lain akan terus “memerah” fitnah video seks ini sebaik mungkin dalam perang untuk menghakis sokongan rakyat terhadap Anwar.
Janganlah terkejut, jika pada hari-hari yang menjelang ini, video itu dimuatkan dalam Youtube dan rakyat digesa persetankan bukti Twitter dan Facebook Anwar bahawa rakaman itu adalah fitnah semata-mata.
Siri demostrasi dan tunjuk perasaan oleh Perkasa, Umno dan badan-badan bukan kerajaan akan sekali lagi dianjurkan di seluruh pelosok negara, mendesak Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berundur dari politik.
Malah, jangan tolak kemungkinan Tan Sri Rahim dan Eskay dianugerahkan darjah kebesaran (mungkin oleh Yang di Pertua Melaka) dan diangkat menjadi wira baru Umno sebagai penyelamat bangsa Melayu.
Umno amat berpengalaman dalam permainan ini.








Kes Teoh hanya membabitkan dakawaan salah guna dana kira-kira RM2,000. Kita maklum apa yang berlaku kepada Teoh susulan soal siasat itu dan masih mencari kebenaran bersabit kematian tragisnya.
Khamis lalu juga, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tidak menolak kemungkinan pihaknya akan menyiasat kes itu di bawah peruntukan undang-undang selain daripada yang membabitkan penayangan filem lucah.
Hujah bahawa wujud tangan Umno di sebalik video lucah diperkuatkan dengan laporan Najib menemui Rahim, Eskay dan Bendahari Perkasa Shuaib Lazim di Bangunan Parlimen hari Selasa, selepas identiti DatuK T dibongkar oleh PKR.
Kredibiliti rapuh polis yang sedia ada tidak dibantu dengan keengganan pasukan itu menahan gandingan Datuk T walaupun mereka melakukan jenayah menayangkan filem lucah di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu - satu kesalahan yang membawa hukuman penjara tiga tahun.
Eskay dan Rahim mendakwa wartawan menjadi barisan yang diutamakanuntuk ditunjukkan video itu supaya ada penilaian bebas dan berkecuali mengenai kesahihan rakaman itu.
Justeru video lucah itu ditunjukan kepada ahli parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan Badrulhisham Shahrin, seorang pemimpin pelapis PKR yang berwibawa dan berprinsip, sungguhpun kadang kala tidak sehaluan dengan pimpinan tertinggi parti. 






"Saya tidak tahu bagaimana menteri dalam negeri boleh menafikan ini... Seorang daripada ahli (parti) mereka terbabit, begitu juga dengan PERKASA,” katanya.
“Walaupun tidak didakwa, kes rasuahnya melibatkan puluhan juta, tetapi sekarang dia menjadi seorang tokoh moral baru, tetapi dia melakukan kesilapan kerana dia mendedahkan satu video yang direkayasa sebegitu rupa dan kemudian cubaan untuk mengaibkan orang semata-mata untuk membalas dendam,” kata Anwar.
"Itu dendam dia (Rahim). Saya pada masa itu timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri. Saya tidak ada kuasa untuk mengugurkan dia sebagai ketua menteri. Itu kuasa presiden Umno dan perdana menteri. Saya diarah untuk menyampaikan pandangan Dr Mahathir. Tentu Dr Mahathir kata dia lupa kerana dia menghidapi amnesia atau peringatan terpilih" katanya.







