klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 1 Ogos 2009

TV3 melaporkan

438 orang telah ditangkap sempena PERHIMPUNAN MANSUH ISA !

CATATAN FM DI PERHIMPUNAN MANSUH ISA

Jam 10.30 pagi saya bertolak ke LRT Kelana Jaya . Terbaik tinggalkan kereta dan naik LRT. Di Stesyen LRT Kelana Jaya , bertemu Jonah ( Naib Ketua AMK Pusat ) dan kawan2nya . Jonah bagitahu dan ramai kena tangkap di Masjid Jamek . Polis ramai di situ dan tangkap sesiapa yang disyaki untuk hador menyertai demontrasi . Saya ambil keputusan untuk turun di Stesyen Pasar Seni ( CM ) . Sampai di Pasar Seni , ramai yang dah kena tangkap dan di bawa masuk ke dalam trak polis. Saya tak nampak pun kumpulan Sokong ISA. Penakut ! Dalam risau ditangkap awal saya terus menapak bersebelahan Pasar Seni. Memang polis tak berapa perasan saya sebab saya dah trim misai . hehehe. penampilan berbeza! Saya terus perjalanan dan terus ke Masjid jamek . Ramai betul polis kat situ . saya terserempak dengan Abg Sazali Buletin Online dan Khairul Harakah . Rupanya di situ juga ada tangkapan , difahamkan ramai peguam di tangkap .
Saya tinggalkan Abg Sazali dan terus kan perjalanan ke Sogo . Angah dah sampai d Sogo. Syed pun dah sampai . Saya berjalan ikut jalan belakang Jalan TAR. peniaga duk bersiap betulkan gerai , pasar minggu rupanya. Sampai di Sogo memang ramai betul polis . Jalan TAR dah ditutup . Ramai orang di Sogo dan depan Kompleks Pertama . saya terus ke KFC dan jumpa Angah . Lip dan Chin pun ada . Si Panjang tengah beratur beli makanan. Saya tinggalkan mereka dan ke ruangan makan medan selera tepi Kompleks Pertama . Jumpa YB Amir , Jonah , Samsul Hidayat dan ramai lagi kawan2 AMK di situ.
Kemudian saya ke Sogo. Rupanya ada tangkapan lagi . Yang saya kenal Azizi AMK Rasah . Kebanyakkan yang ditangkap mereka yang pakai baju hitam atau merah ada perkataan Mansuh ISA. Saya hari ni pakai macam nak gi tengok wayang ! hehehe
Jonah beritahu akan mula perhimpunan jam 2 petang . Suasana di hadapan Sogo makin panas . Saya masuk balik ke medan selera dan order makan . Tepat jam 2 petang saya keluar dari Medan Selera dan meninjau keadaan . Tiba-tiba bergema laungan keramat "REFORMASI" dari depan KFC . Saya tengok Chegu Bard dah mulakan sambil berlari . Saya terus laung bersama Chegu Bard dan lead bersama. ratusan mula ikut kami dan semua yang berada di situ mula menyertai kami . Sampai di simpang antara Sogo dan Kompleks Pertama , Chegu Bard tanya saya , camner? Kita tukar laluan ! sebab polis dan FRU dan standby ! Kita tukar arah dan menuju jalan Mahameru. Saya tengok di belakang sudah ribuan bersama kami . Jalan berjaya kami jemkan. Laungan REFORMASI , MANSUH ISA , UNDUR NAJIB , TAKBIR bergema . Teringat saya masa zaman reformasi dulu. Kita kontrol jalanraya . Sampai hampir dengan Bank Negara , FRU sudah bersiap buat perisai siap dengan water canon. Lebih kurang 1 km kami nampak di atas flyover ada ribuan lagi yang sedang menunggu . Saya call Aru , minta himpunan di Masjid Negara stanby. Tapi kami terhalang dengan perisai FRU! kurang lebih 500 meter , FRU mula tembak gas pemedih mata ! Bertempiaran para demonstran lari dari terkena bahang pedih dan panas asap gas pemedih mata.
Saya pun tak tahan , muka dan mata pedih ! Nasib baik ada seorang budak Unit Amal sedang keluarkan garam dan saya ambil sedikit terus makan . Alhamdulillah tak beberapa lama pedih dan panas hilang. Ramai yang dah berundur . Saya dan Chegu Bard bincang dan tukar laluan . hendak ke depan memang tak boleh . bard suruh call Aru , Aru beritahu dia ada di Sogo .Datuk Seri Anwar , Datuk Seri Hj Hadi Awang dan Lim Kit Siang ada di Sogo. Kami arah semua untuk bergerak semula ke Sogo.
sampai di simpang hendak ke Sogo , terserempak dengan grup Datuk Mahfuz. Kita bincang dan akan bergerak ke Pejabat Pas Pusat , Jalan Raja Laut. Saya terus capai mic dan arahkan para demontran ke sana. Kaki dah rasa nak krem! dah rasa sakit sangat. Tapi kena teruskan perjalanan . Dari tadi helikopter polis memantau pergerakan kami dari udara.
Sesampai di pejabat PAS Pusat , kita terus berhimpun di situ . Saya di minta memulakan ucapan . para demonstran semakin ramai . Kumpulan pertama yang bergerak dengan saya bergabung dengan kumpulan di Sogo. Ucapan seterusnya ialah Ustaz Azman Sapawi dan seterusnya Datuk Mahfuz. Pimpinan parti masih terperangkap di Sogo. Tak dapat ke tempat kami berhimpun.
Selesai ucapan Mahfuz , Mahfuz maklum semua pimpinan sedang menuju ke tempat kami . Semua menunggu semula dan ucapan disambung oleh YB Saifuddin Nasution . Tak lama muncul Datuk Seri Presiden PAS , kemudian Datuk Seri Anwar , Lim Kit Siang , Presiden GMI dan ramai pimpinan PR . Dimulakan dengan ucapan terima kasih Tuan Syed , Presiden GMI , seterusnya YB Lim Kit Siang . Kit Siang beritahu inilah kali pertama beliau kena dan rasa gas pemedih mata . Ha! baru tau! rata-rata ucapan terhadap sokongan gerakan rakyat mansuhkan ISA . Datuk Seri Anwar menyampaikan ucapan yang berapi-rapi , membakar semangat para demonstran terhadap penentangan undang-undang zalim ISA yang didalangi UMNO / BN . Najib nak kaji tetapi rakyat nak mansuhkan !
Diakhiri ucapan oleh YB datuk Seri Hj. Hadi Awang yang turut membahang jiwa para demonstran . Datuk Seri Presiden mengkahiri ucapan dengan doa yang diaminkan oleh semua.
Saya terus masuk ruang lobi Pejabat PAS bersama dalam sidang media pimpinan PR . Sewaktu si dang media , FRU tiba dengan gerombolan mereka dan terus memancutkan air asid kepada para demonstran dan orang ramai !
Walaupun Memorandum tidak berjaya disampaikan kepada DYMM Yang DiPertuan Agong tetapi perhimpunan hari ini sangat berjaya , walaupun tangkapan demi tangkapan di buat bagi tujuan menakut2kan kita semua , tetapi terbukti para demonstran tetap utuh ! tetap meneruskan perhimpunan . Dan Saya yakin mesej sudah sampai pada DYMM Yang DiPertuan Agong .
Selepas itu saya keluar dari Pejabat PAS dan menapak ke Sogo . Tuhan saja tahu betapa penat dan tak laratnya. Sesampai hampir dengan Sogo tiba2 FRU menembak beberapa das tembakan gas pemedih mata lagi. Betempiran orang melarikan diri . Udara pedih dan panas dari kesan gas pemedih mata. Saya teruskan perjalanan dengan menukar laluan ke Sogo.
Minum dengan Asmizam dan geng2 AMK di Medan Mara. Sambil borak-borak masih terasa pedih mata apabila gas pemedih mata masih terus di tembak di luar . Apa nak jadi tak tahulah Malaysia ni. Perhimpunan sudah selesai tetapi FRU dan Polis terus menganas !
MANSUHKAN ISA !

Bila ‘Brand’ tak laku, ‘lawan Tok Peraih’ Ikan pun kalah………Kata Rosol

KUALA TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Ajil, Dato’ Rosol Wahid berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat.
Beliau yang juga bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Terengganu berkata taburan janji dan projek segera tidak lagi mampu untuk menarik pengundi.”BN masih tidak mampu untuk menang, ertinya BN perlu menukar taktik dan teknik untuk berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat,”taburan janji dan projek segera nampaknya tidak mampu untuk menarik pengundi, ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui, ”ini terbukti dalam 6 pilihanraya kecil yang telah kita lalui, kita kalah 5-0...,”tulisnya dalam mengulas kekalahan terbaru BN dalam pilihanraya Kecil DUN Manek Urai.
Beliau menolak pandangan pemimpin UMNO yang mengatakan kemenangan tipis calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah (Abe uji) seolah-seolah BN telah menang.Katanya BN perlu menerima realiti bahawa kalah tetap kalah walaupun satu undi.Mengulas lanjut, beliau menulis secara sinis dan mempersoalkan, adakah BN terlalu parah ketika ini sehingga lawan ‘Tok Peraih Ikan’ pun kalah!Rosol yang juga bekas Exco kanan kerajaan Terengganu berkata ‘brand’ BN tidak popular dan tidak laku lagi masakini.Oleh itu, katanya, imej BN yang parah itu perlu dipulihkan dan perlu di lakukakan ‘Rebranding’.
”Orang putih sebut 'Rebranding'...Kalau brand kita telah dipandang enteng, maka apa sahaja yang kita lakukan tidak akan berkesan malah dipandang negatif. ”Pihak pembangkang dengan senang sahaja memanipulasikan apa sahaja yang kita buat,”katanya.Beliau turut meluahkan perasaan bimbangnya dengan yang menimpa UMNO/BN sekarang dan menyifatkan ia adalah ‘satu nasib malang’ kepada parti itu.Katanya, oleh kerana BN tidak popular lagi, segala apa yang berlaku, BN akan dipersalahkan.
”Kematian Beng Hock baru-baru ini juga kerajaan disalahkan, kematian seorang India di dalam lokap...kerajaan juga dicemuh, kenaikan tambang pengangkutan awam, bertambahnya penagih dadah, kerajaan dikeji,”apa-apa sahaja yang negatif, kerajaan juga jadi mangsa...pengumuman PM seperti penurunan Tol, pakej rangsangan ekonomi dll seolah-olah tidak memberi kesan apa-apa kepada rakyat, malah ia dipandang sepi begitu saja,”tulisnya lagi.
Beliau mengakhiri tulisannya dengan memetik kata-kata orang tua;”kalau pokok sudah condong, bukan sahaja kambing mampu panjat, malah kura-kura juga akan cuba merangkak naik", tulisnya dalam posting terbaru blognya.

Legasi Imam Hadhari; Sepuluh Lesen Judi

KUALA TERENGGANU – Minggu lalu, Multi Purpose Holding Berhad, syarikat induk kepada Magnum Corporation yang menjalankan aktiviti judi Empat Nombor Ekor mengumumkan anak syarikatnya itu telah mendapat lesen baru.
Lesen tersebut diperolehi dari Kementerian Kewangan pada bulan Oktober lalu yang diterajui oleh Perdana Menteri sekarang, dato’ Seri Najib Razak.Ketika itu, Perdana Menteri Malaysia adalah Imam Islam Hadhari, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.Itulah kejayaan paling besar Imam Hadhari@Abdullah Ahmad Badawi di saat-saat akhir pemeritahannya dan meninggalkan legasi, kepada pewarisnya Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyidin Yassin.
Sebanyak 10 lesen judi telah diluluskan, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar perniagaan Singapura, Business Times Singapore.’Rating’ pentadbiran Najib dilaporkan meningkat baru-baru ini dan perniagaan judi mungkin merupakan rahsia senjata ampuh yang digunakannya dalam menghadapi suasana ekonomi dunia yang tidak menentu.Kejayaan Imam Hadhari@Abdullah Badawi mengeluarkan lessen judi itu telah berjaya menambahkan pendapatan Negara kerana berjaya menghalalkan ‘judi haram’.
Pada tahun 2008, industri ‘judi halal’ mempunyai nilai yang cukup besar dalam kewangan Negara berjumlah kira-kira RM8 bilion.Tidak ada sesiapa yang mengetahui berapa besar perniagaan ‘judi haram’ di Malaysia, namun ia dilaporkan 15 kali lebih besar dari industri ‘judi halal’.Oleh itu, langkah kerajaan dianggap bijak dengan mengeluarkan 10 lesen judi baru itu yang menghalalkan ‘judi haram’ sekaligus meningkatkan hasil Negara dengan memperolehi cukai dari perniagaan ‘judi haram’.Justeru, kerajaan pimpinan Najib telah meluluskan lesen judi kepada Magnum yang akan memperkenalkan judi baru yang mempunyai nilai ‘jackpot’, satu cepumas yang tinggi nilai hadiahnya.Dengan perlaksanaannya yang dirancang pada tahun 2009 oleh Magnum sekurang-kurangnya akan meningkatkan pendapatan kerajaan dan akan mengurangkan beban ekonomi akibat masalah yang sedang melanda seluruh dunia.Hebat penjelasannya !
Mungkin itu jugalah yang dimaksudkan oleh Timbalan Najib, Muhyidin menangkis hujjah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa pilihanraya kecil Manek Urai.Muhyidin menyatakan UMNO yang terlebih dahulu mempelopori usaha-usaha meningkatkan syiar Islam, jauh lebih baik dari PAS !
Meluluskan lesen judi yang membawa kepada peningkatan pendapat Negara mungkin termasuk dalam amar makruf.Kerana orang UMNO selalu berhujjah sekiranya ekonomi mundur, pembangunan akan mundur dan bagaimana umat Islam akan maju sekiranya tidak ada pembangunan !Cukup hebat penjelasannya ???Maka teruskanlah usaha meningkatkan ekonomi dengan meluluskan sebanyak-banyaknya lesen judi ! - buletionline

Impian Menjadi Realiti – TIA lenyap menjadi 1MDB, Bukan Lagi Milik Terengganu

KUALA TERENGGANU – Terengganu Investment Authority (TIA) bukan lagi sebuah badan pelaburan milik kerajaan Terengganu apabila ianya diputusakan menjadi sebuah entiti persekutuan dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
Akhbar the Star pada 22 Julai lalu telah memetik kenyataan Perdana Menteri Malaysia yang berkata selepas berbincang dengan Putera Mahkota Abu Dhabi General Sheikh Mohamed Zayed Al-Nahyan, yang juga Pengerusi al-Mudabala Development.
Selepas lawatan peribadinya sehari ke Abu Dhabi, Najib berkata syarikat pelaburan tersebut bersetuju untuk melabur sebanyak USD 1 bilion dalam bidang hartanah dan perkhidmatan di Malaysia.”Untuk membolehkan pelaburan ini berjaya, kerajaan telah memutuskan TIA akan di kembangkan menjadi sebuah Dana Kekayaan Diraja (sovereign wealth fund) yang akan dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd,”kata Najib dalam satu kenyataan
Pada asalnya TIA dicadangkan atas kepentingan menjamin kekayaan minyak Terengganu dikekalkan untuk masa depan sekiranya Terengganu tidak lagi menjadi pengeluar minyak.Ia dijangka mengumpulkan RM6 bilion dana hasil tawaran bon yang mencagarkan ‘bayaran royalti kerajaan negeri Terengganu’ yang belum diterima.
Dengan pengumuman itu juga, TIA, yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Menteri Besar Terengganu akan di letakkan dibawah Kementerian Kewangan dan dilaporkan terus kepada Perdana Menteri Malaysia.

Hanya Ahli UMNO dan Kerabat JKKK dapat Pangsapuri Pulau Duyong

Written by Wartawan Buletin

Satu laporan telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan pembahagian pangsapuri mampu milik Pulau Duyong, dekat sini.
Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Cikgu Fariz Musa berkata laporan dibuat berdasarkan dokumen yang dihantar kepadanya oleh pihak yang tidak diketahui.Menurutnya, setelah beliau meneliti isi dokumen itu, beliau dapati telah berlaku ketidakadilan dan penyelewengan oleh pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Cawangan UMNO Pulau Duyong.
”Saya dapati terdapat 3 dokumen, sepucuk surat, satu lampiran senarai nama penyewa-penyewa dan satu lampiran senarai penama-penama yang sepatunya tidak layak,”surat tersebut memohon saya bertindak isu berkaitan penyelewengan tersebut,”kata Fariz dalam sidang media yang diadakan di hadapan pejabat SPRM, Tingkat 11, Wisma Persekutuan, semalam.Beliau berharap pihak SPRM dapat mengambil tindakan dan menyelesaikan kes tersebut yang melibatkan dua blok bangunan yang telah diagihkan kepada 90 orang.
Katanya dokumen lampiran tersebut memperincikan sebab mengapa penerima tidak layak menyewa pangsapuri itu.”(sebagai contoh rumah) J-3-4 dimana pemilik tersebut adalah merupakan ayah kepada pengerusi JKKK Duyong Kelab Aya, ”dimana beliau sebagai pengerusi JKKK telah memberikan rumah tersebut kepada ayahnya dan (sedangkan) ayahnya telah memiliki rumah (lain),”dalam masa yang sama rumah itu tidak didiami oleh ayahnya, (sebaliknya) didiami oleh anaknya (pengerusi JKKK tersebut,”jelasnya.
Katanya, dalam dokumen tersebut juga menyatakan, ramai penerima pangsapuri itu mempunyai hubungan dengan JKKK dan beberapa cawangan UMNO di Pulau Duyong.Oleh itu katanya, beliau melihat pengagihan pangsapuri mampu milik itu telah berlaku penyelewengan dan ketidakadilan.”Pengagihan pangsapuri mampu milik Pulau Duyong ini telah berlaku penyelewengan dan ketidakadilan,”sebab itu kami, pada hari ini mengambil tindakan untuk membuat laporan SPRM dan meminta pihak SPRM mengambil tindakan tegas untuk menyiasat,”tegasnya.
Dalam masa yang sama, beliau turut meminta supaya siasatan dibuat terhadap pembahagian Blok yang baru diedarkan pada hari ini.

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009 - Mansuh ISA

Kenyataan Media (29 Julai 2009)

MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009

1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:
a. Sogo:Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan
c. Masjid Negara:Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah
4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan

Sekian,

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.

Al-Fatihah Buat Allahyarham YB Hamdan Abd Rahman

ADUN Permatang Pasir, YB Datuk Hamdan Abd Rahman diberitakan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi tadi.Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang berjuang di jalanNya.
Allahyarham telah memenangi DUN Permatang Pasir pada pilihanraya 2004 dan 2008. Di dalam PRU 2004, Allahyarham dari PAS mengalahkan Md.Isa Ramli dari BN dengan majoriti 679 undi dan pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Hamdan mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Suhaib dengan majoriti 5,433 undi.
Menurut amalan biasa dan mengikut akta SPR pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari apabila berlaku kekosongan di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.Berdasarkan pilihanraya kecil Penanti, UMNO BN dijangka tidak akan meletakkan calonnya di Permatang Pasir kerana ia didakwa sebagai satu percaturan politik Pakatan Rakyat dan ia membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit, apa tah lagi di DUN Permatang Pasir ini UMNO BN hanya memperolehi 5,571 undi berbanding PAS PR yang memperolehi 11,004 undi.

Jumaat, 31 Julai 2009

perhimpunan 100 ribu mansuh isa

semua AMK berkumpul di Sogo esok 1 Ogos 2009 jam 11 pagi .

berpakaian warna hitam atau merah !

Selasa, 28 Julai 2009

Pemimpin Umno umpama Majnun gilakan Laila - Nik Aziz

KOTA BHARU, 27 Julai :- Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Inilah perasaan yang menimpa pemimpin Umno sekarang apabila sedaya upaya berusaha menjalinkan hubungan dengan PAS.
Sedangkan ia tidak lebih seperti bertepuk sebelah tangan."Saya pun tak faham kenapa perkara ini boleh berlaku, macam cerita Majnun pula apabila seorang pengembala kambing berhajat untuk mengahwini anak raja."Macam-macam kerenah yang dibuat oleh Majnun sehingga pada suatu hari dia duduk seorang diri di bawah pokok sementara menunggu kambing sedang makan rumput, Majnun bercakap seorang diri."Apabila kawan dia tanya kamu bercakap dengan siapa, lalu Majnun menjawab, saya sedang bercakap Laila, seorang anak raja."Macamana seorang pengembala kambing mahu mengahwini anak raja. Mahu tidak mahu dia menulis nama Laila atas pasir. Dia tulis nama Laila lalu dia baca sendiri berulang kali."Kawan dia bertanya lagi, kamu bercakap dengan siapa, lalu dia jawab lagi dengan Laila. Mana Laila, kawan dia tanya, ini� Majnun menunjukkan nama Laila yang dia tulis di atas pasir," katanya Menteri Besar Kelantan ketika ditemui di pejabatnya hari ini.
Sebelum ini pemimpin Umno beriya-iya benar mahu mengadakan kerjasama dengan PAS kononnya untuk perpaduan orang Melayu.Impian itu dicetus semula pemimpin Umno ekoran kenyataan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri dan melupakan sengketa politik.Ekoran itu Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, Umno akan membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat ini.
Sebelum ini Umno amat mengharapkan perpaduan Umno dan PAS dijalin semula selepas idea kerajaan perpaduan yang dicetus ditarik balik.Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, apa yang berlaku terhadap Umno sekarang hampir serupa kisah dengan Majnun yang tetap berkeras mahu berkahwin dengan anak raja."Walaupun dia tak dapat kahwin dengan anak raja, tetapi sekurang-kurangnya dia boleh menulis nama Laila dan bercakap dengan Laila seorang diri," katanya.
Beliau juga mempertikaikan laporan akhbar mengenai isu tersebut kerana apa yang disentuhnya sebelum ini hanya berkaitan hubungan kerajaan negeri dan pusat, bukan berkaitan parti.Katanya akhbar menyebut mengenai perkara itu, namun beliau tidak tahu menahu pun tentang perkara tersebut."Sepatutnya perkara yang melibatkan saya kena tanya saya dulu. Orang lain tidak ada hak untuk menjadi jurubahasa kepada saya."Saya tidak pernah sebut lupakan perkataan sengketa lama. Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu sebagaimana yang disiarkan sebuah akhbar harian baru-baru ini.
"Tuan-tuan boleh check balik semula record pertemuan antara saya dengan Dato' Mustapa Mohamed di Kuala Lumpur sempena Fiesta Kelantan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat baru-baru ini," ujarnya.Sumber : Harakahdaily/-
FM - YANG PASTI PEMIMPIN UMNgok MEMANG BEBAL . SAMPAI TAK FAHAM ANTARA PARTI DENGAN KERAJAAN . ITU YANG SELAMA NI DITANAM MENJADI DOKTRIN DALAM KEPALA AHLI-AHLI UMNgok . UMNO ITU KERAJAAN , KERAJAAN ITU UMNO . SEHINGGA TAK DAPAT NAK BEZAKAN ANTARA KERAJAAN DAN PARTI . UMNgok TETAP UMNgok !

Himpunan sebelum dan selepas Zohor, 1 Ogos ini: Siapa berniat jahat?

PELIK juga memikirkan tindak-tanduk sebuah pertubuhan NGO pro-ISA, Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) untuk mengadakan demonstrasi dan perarakan ke Istana Negara pada Sabtu, 1 Ogos ini.Bukan menjadi satu kesalahan untuk berdemonstrasi dan berarak secara aman bagi menyokong ISA. Sokonglah, kalau itu difikirkan wajar. Tetapi sengaja mengadakan perhimpunan pro-ISA di hari yang sama perhimpunan anti-ISA diadakan sebenarnya boleh menimbulkan kejadian dan insiden tidak perlu.
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) mengumumkan cadangannya secara rasmi pada 22 Jun lalu untuk mengadakan perhimpunan Mansuhkan ISA (Mansuh) di ibu negara bertujuan menyerahkan memorandum ke pejabat Yang Dipertuan Agong. Manakala Pewaris yang mendakwa mewakili sepuluh NGO Melayu yang lain menyatakan hasrat mengadakan perhimpunan menyokong ISA pada tarikh dan tempat yang sama hanya pada petang 21 Julai - hampir sebulan setelah GMI menyatakan hasrat mereka. Antara yang bakal menyertai perhimpunan pro-ISA Pewaris adalah sebuah pertubuhan silat!
GMI bersama 83 NGO lain (termasuk Pemuda Gerakan) akan bergerak mulai 2 petang dari tiga lokasi ? kompleks membeli-belah Sogo, Masjid Jamek dan Masjid Negara ? dengan berpakaian hitam dan merah ke Istana Negara.
Manakala Pewaris dengan 10 NGO Melayu dan ahli-ahli Silat Lincah akan berada di tiga lokasi di tengah Kuala Lumpur sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada 1 tengah hari. Mulai 11 pagi, demonstran pro-ISA yang berpakaian putih dijadual berhimpun di Pasar Seni, Masjid Negara dan Padang Merbok bersebelahan Bank Negara, sebelum menurunkan tandatangan di atas kain rentang gergasi sepanjang 200 kaki di dataran tersebut dan kemudian berarak ke Istana Negara.
Tidak diketahui sama ada kedua-dua kumpulan, anti-ISA yang berhimpun selepas solat Zohor, dan pro-ISA yang berhimpun sebelum solat Zohor akan bertembung di pintu Istana Negara. Bagaimanapun kemungkinan besar himpunan pro-ISA yang telahpun berarak pada jam 11 pagi akan mengakhiri perhimpunan mereka sebelum solat Zohor bagi memberi kesempatan kepada ahli-ahlinya yang kesemuanya Melayu-Islam untuk menunaikan solat Zohor!
Sehubungan itu, kita yakin tidak berlaku pertembungan antara dua kumpulan ini di hadapan Istana Negara kelak. Bagaimanapun kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Dato' Ibrahim Ali bahawa demonstrasi anti-ISA anjuran GMI dan pro-ISA anjuran Pewaris pada tarikh dan tempat yang sama (walaupun masa yang berlainan) bakal "menimbulkan huru-hara" patut diambil perhatian serius pihak keselamatan.
Jika Ibrahim Ali yang juga penggerak utama demonstrasi pro-ISA itu tidak boleh menjamin perhimpunan yang bakal diadakan berjalan secara aman, Pewaris tidak sepatutnya dibenarkan berhimpunan pada tarikh itu. Selaku pemimpin - tidak kira sekecil manapun bilangan yang dipimpin - Ibrahim perlu bertanggung jawab. Wajar baginya membatalkan sahaja cadangannya untuk berhimpun kerana beliau tidak mampu mengawal anak-anak buahnya daripada bertindak ganas dan melakukan provokasi. Ramalan Ibrahim bahawa dua perhimpunan itu boleh "menimbulkan huru-hara" adalah berniat jahat dan mendedahkan niat sebenar perhimpunan pro-ISA itu dilaksanakan.
Ibrahim dalam kenyataannya berkata Perkasa dan NGO Melayu lain akan berarak mempertahankan akta itu "walaupun boleh menimbulkan huru-hara." Malah beliau mengugut akan meneruskan perhimpunan pro-ISA itu jika Himpunan Mansuh yang digerakkan GMI tidak dibatalkan dan pihak polis tidak mengambil tindakan tegas. "Kerajaan sudah umum akan kaji ISA, apa perlu perhimpunan ke Istana Negara. "Tunggu sehingga kerajaan pinda atau bagaimana (keputusannya), baru boleh kemuka bantahan," katanya melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini.
Jelaslah apa sebenarnya yang terkandung dalam benak hati Ibrahim, Pewaris dan Perkasa yang dipimpinnya. Tujuan perhimpunan pro-ISA itu diadakan adalah untuk menimbulkan huru-hara atau paling tidak dijadikan alasan oleh pihak polis untuk menghalang sebarang bentuk perhimpunan 1 Ogos ini di Kuala Lumpur. Pastinya Ibrahim sendiri bukanlah contoh terbaik untuk diikuti. Beberapa perhimpunan yang disertai olehnya termasuk dalam menjatuhkan kerajaan pimpinan PAS di Kelantan pada 1978 berakhir dengan huru-hara.
Ianya berbeza dengan perhimpunan aman yang dianjurkan masyarakat sivil negara seperti perhimpunan Bersih pada 2008 apabila 100,000 rakyat berhimpun di ibu kota dengan berbaju kuning. Perhimpunan Bersih dan Mansuhkan PPSMI beberapa bulan lalu berjalan dengan aman dan berakhir dengan aman. Jika adapun kekecohan, ia disebabkan tindakan FRU menembak gas pemedih mata kepada mereka yang berhimpun. Tiada anggota pasukan keselamatan yang cedera dan tiada harta awam yang rosak binasa dalam dua perhimpunan itu. Ia tidak seperti beberapa perhimpunan yang dianjurkan Ibrahim Ali di Kota Bharu sehingga mendorong Kerajaan Pusat mengisytiharkan Mageran di negeri itu.
Walaupun Ibrahim dan kelompok ultra-Melayu pimpinannya berusaha menggagalkan himpunan Mansuh, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh berkata pihaknya akan tetap meneruskan perhimpunan itu. Malah lebih seribu petugas Unit Amal telah dikerah bagi mengawal keselamatan dan peserta Himpunan Mansuh bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini. Himpunan Mansuh juga mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak antaranya Pemuda Gerakan, parti gabungan BN. Malah Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilapor melarang Pemuda Umno daripada terlibat dalam perhimpunan pro-ISA yang dianjurkan Pewaris menyebabkan Ibrahim 'naik angin'. Untuk pengetahuan, tanggal 1 Ogos 2009 dipilih sebagai tarikh himpunan Mansuh sempena 49 tahun ISA digubal.- tajdid_

Bekas naib presiden MIC serta PKR


Bekas naib presiden MIC, SS Subramaniam hari ini menyertai PKR dan merupakan pemimpin MIC paling kanan yang melompat menyertai pembangkang.Di satu majlis di Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini, Subramaniam, 72, (duduk dua dari kanan), turut mengumumkan 12 cawangan MIC di Petaling Jaya akan dibubarkan dan ahli-ahlinya akan menyertai PKR secara beramai-ramai.
Beliau mendakwa pembubaran cawangan-cawangan tersebut membabitkan kira-kira 2,500 ahli MIC yang melompat menyertai PKR."Saya telah menyokong dasar PKR dan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak sekian lama, tetapi baru sekarang saya berani mengatakan bahawa saya menyertai parti tersebut," katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.
Subramaniam menjadi naib presiden MIC selama 20 tahun dan juga menjadi naib pengerusi MIC Selangor selama tiga dekad.Malaysiakini

Kes liwat Anwar ditangguh 2 September

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 2 September depan untuk tarikh sebutan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membatalkan tuduhan liwat terhadapnya dan perbicaraan utama kes berkenaan.Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi.Perbicaraan bagi kes berkenaan terus ditangguhkan berikutan keputusan mahkamah yang turut membenarkan permohonan pihak pendakwa bagi menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi pada 16 Julai lalu, yang membenarkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapatkan sebahagian dokumen dan barangan berkaitan kes liwatnya sebelum perbicaraan bermula.Tempoh masa yang panjang diberikan sebelum prosiding kes berkenaan disambung semula juga dibuat setelah hakim mengambil kita proses rayuan pendakwaan di Mahkamah Rayuan selesai dan semakan terhadap keputusan yang akan dibuat di Mahkamah Persekutuan oleh pihak yang kalah dalam rayuan itu."Memandangkan pihak pendakwa memfailkan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung keputusan yang telah dibuat, maka semua proses yang berkaitan dengan perbicaraan kes ini terpaksa ditangguhkan sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan," kata Mohamad Zabidin.Terdahulu, dalam prosiding hari ini pihak pembelaan telah memberikan afidavit jawapan berhubung permohonan pihak pendakwa untuk menangguhkan pelaksanaan terhadap perintah untuk menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada pihak pembelaan.Peguam pembela, Amer Hamzah Arshad dalam hujahannya berkata mahkamah tidak boleh menyekat hak yang telah diperuntukkan oleh undang-ung agar pihaknya dibekalkan dengan dokumen yang berkaitan sebelum perbicaraan bermula.Bagaiamnapun hakim berkata, tidak ada mana-mana pihak yang akan menyekat hak pihak pembela itu memandangkan beliau sendiri yang mengarahkan pihak pendakwa membekalkan dokumen-dokumen berkenaan."Tiada siapa yang menghalang, tapi walaubagaiamnapun kita kena biarkan Mahkamah Rayuan buat keputusan dahulu."Sama ada Mahkamah Rayuan menerima rayuan pihak pendakwa dan sekaligus membatalkan keputusan saya pada 16 Julai lalu kita belum ketahui," kata hakim Mohamad Zabidin.Isnin lalu pihak pendakwaan memfailkan notis usul di Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi di sini, bagi memohon penangguhan pelaksanaan perintah itu yang ditandatangani oleh Datuk Nordin, seorang daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi kes liwat berkenaan.Mahkamah kemudiannya menetapkan Rabu lalu untuk mendengar permohonan berkenaan.Bagaimanapun hakim terpaksa memberikan penangguhan sementara (interim) dan membenarkan pendengaran permohonan itu ditunda ke hari ini bagi membolehkan pembelaan memfailkan afidavit jawapan.
Di dalam affidavit pihak pendakwaan, antaranya menyatakan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah pada 16 Julai itu adalah perlu kerana perintah itu berhubung kenyataan saksi yang dirakamkan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah yang diarahkan dibekalkan kepada Anwar akan memberi impak yang mana akan memudaratkan penyiasatan pendakwaan bukan sahaja dalam kes ini tetapi dalam kes jenayah lain.Affidavit itu juga menyatakan penangguhan pelaksanaan perintah mahkamah itu juga perlu bagi mengelakkan rayuan pendakwaan terhadap perintah itu di Mahkamah Rayuan menjadi akademik kerana ia adalah persoalan undang-undang yang penting.Pada 16 Julai, Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar dan memerintahkan pendakwaan supaya menyerahkan dokumen-dokumen yang berkaitan dalam masa tujuh hari.Tempoh tujuh hari itu berakhir semalam.Mohamad Zabidin dalam keputusannya, bagaimanapun menolak permohonan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bagi mendapatkan sampel spesimen yang diambil daripada pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana sampel itu telah disita oleh ahli kimia dan pihak pembela boleh memeriksanya setelah ia dikemukakan kepada mahkamah.Anwar, 62, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.Antara dokumen yang dibenarkan diberi kepada pihak pembelaan ialah kenyataan Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid daripada Hospital Pusrawi, pemilik kondominium berkenaan Hassanuddin Abdul Hamid dan tiga saksi utama lain.Dokumen lain ialah salinan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pos pengawal di Desa Damansara Condominium, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dan di kawasan menunggu lif di Blok 11 kondominium itu dari 25 hingga 27 Jun, 2008.mStar

BANTAH PERLANTIKAN SEMULA MUSA HASSAN


PERJUMPAAN PAKATAN RAKYAT MEMBANTAH PENYAMBUNGAN PERKHIDMATAN KETUA POLIS NEGARA , MUSA HASSAN !

28 JULAI 2009

10 PAGI

DI PARLIMEN

Sabtu, 25 Julai 2009

Malaysia Diperintah Oleh Gani Patail?

Dalam banyak hal nampaknya peguam negara mempunyai kuasa yang terlalu besar semenjak zaman Abdullah (sekarang Tun) menjadi Perdana Menteri dan diteruskan dasar pemerintahan oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan mengekalkan Abdul Gani Patail di jawatan tersebut.
Malaysia dilihat di dalam banyak hal mengikut telunjuk Peguam Negara yang seorang ini yang nampaknya kian hari kian mencengkam untuk melaksanakan agenda-agenda yang hanya dia dan Allah s.w.t saja yang tahu.Beliau sangat berkuasa di dalam menentukan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak perlu dibuat oleh kerajaan sekalipun apa yang disampaikan sebenarnya hanya untuk kepentingan-kepentingan tertentu.
Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail dikenali oleh rakyat Malaysia sebagai manusia paling hina yang pernah dimiliki oleh negara. Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin.
Ingatkah lagi apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman yang dilokap selama sebulan di dalam kes Batu Burok di Mahkamah Kuala Terengganu satu ketika dulu, adalah hasil dari perbuatan terkutuk Peguam Negara ini.
Ghani Patail juga telah mencampuri urusan pelantikan MB terengganu dengan cuba mengugut Yang Di Pertuan Agong dengan kenyataan kononnya "proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu" untuk menyebelahi Perdana Meneri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin Idris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke 12 baru lalu.
Maruah Malaysia yang tergadai ekoran kes Batu Putih adalah lantaran orang yang bernama Gani Patail ini yang mewakili negara di Hague yang pada ketika itu beliau telah turut membariskan anaknya yang baru lulus dari UiTM di dalam delegasi ke Hague iaitu Faezul Adzra Tan Sri Gani Patail.
Abdullah Ahmad Badawi tunduk kepada Singapura di dalam banyak hal seperti pembatalan jambatan bengkok adalah juga kerana Gani Patail ini dengan alasan negara akan menghadapi pelbagai masalah perundangan antarabangsa jika meneruskannya.
Krisis politik di Perak juga mendedahkan bahawa kesemua hakim-hakim yang ditentukan mendengar kes di mahkamah (Tinggi, Rayuan dan Persekutuan) ditetapkan oleh Peguam Negara.Maka tidak hairan kesemua hakim Mahkamah Rayuan dan Persekutuan akan menterbalikkan keputusan-keputusan di mahkamah tinggi yang berpihak kepada mereka yang tidak disukai oleh pemerintah.Justeru institusi kehakiman seluruhnya kini berada di dalam dalam cengkaman Peguam Negara.
Kes liwat Anwar-Saiful adalah konspirasi nyata dari Gani Patail bersama Ketua Polis Negara, Musa Hassan. Banyak telah didedahkan mengenai hal ini dan yang jelek hakim yang mendengar kes ini adalah hakim yang ditetapkan oleh Peguam Negara juga.
Kini di dalam penubuhan Suruhanjaya Diraja dan inkues ekoran kes kematian Teoh sekali lagi Peguam Negara terlibat di dalam memberikan nasihatnya kepada Najib.Najib menjadi Pak Angguk kepada Peguam Negara apabila katanya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan mengeluarkan kenyataan dan penjelasan yang terperinci berhubung perkara itu pada hari ini.
Najib, tiada orang lainkah yang lebih layak untuk menjadi Peguam Negara sebelum anda terus diperbodohkan olehnya?