klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 29 April 2009

PRK PENANTI : APA LAGI MUSLIHAT SPR ?

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan bahawa DUN Penanti akan diadakan Pilihanraya Kecil ekoran perletakan jawatan Sdr. Fairus Khairudin , Bekas Timbalan Ketua Pulau Pinang 1 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti . Baru-baru ini kita berdepan dengan isu pelibatan Fairus yang ditahan oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah . Akhirnya SPRM telah memutuskan Fairus didapati tidak bersalah . Apa pun terima kasih atas segala jasa dan komitmen Fairus yang sanggup meletakkan jawatan kerana mempertahankan parti dan perjuangan serta tetap terus bersama parti dan Ketua Umum YB Datuk Seri Anwar Ibrahim . Malah membanggakan sanggup untuk bersama dalam kempen PRK Penanti .

Pengumuman PRK Penanti telah dibuat oleh SPR dan menetapkan Hari Penamaan Calon ialah 23 Mei 2009 ( Sabtu ) dan manakala Hari Mengundi ialah 31 Mei 2009 ( Ahad ) . Kalau sebelum ini , SPR sengaja menetapkan tarikh mengundi pada hari bekerja ! Muslihat apa pula ini ?

Di Bukit Selambau , SPR menafikan adanya Pengundi Hantu atau Ragu . Walaupun kita berjaya mengesan sejumlah 3029 orang pengundi yang berstatus sedemikian . Malah di Taman Bandar Baru yang terletak dalam Daerah Mengundi ( DM ) Taman Bandar Baru sejumlah 2215 dikesan Pengundi Hantu atau Ragu iaitu 64% daripada keseluruhan pengundi berdaftar sejumlah 3544 orang . Terdapat 79 buah lokasi rumah yang dipergunakan alamat untuk mendaftarkan pengundi-pengundi ini . Terdapat 60 - 26 orang pengundi dalam satu-satu alamat. Malah kita kemukakan bukti kukuh , berasas dan laporan polis dibuat oleh tuan rumah serta AMK. AMK juga menghantar memorandum kepada SPR dan meminta SPR membersihkan Daftar Mengundi. Malangnya jawapan daripada SPR ialah dakwaan AMK adalah tidak benar !

Kali ini di Penanti apa lagi tindakan dan muslihat SPR ? Di Batang Ai , terdapat 14 buah peti undi yang terpaksa dibawa dengan menggunakan helikopter dan pembilangan undi dibuat secara berkelompok. Menghairan kesemua peti-peti undi yang dibawa melalui helikopter Parti Keadilan Rakyat kalah teruk ! Sedangkan banyak peti undi yang lain yang membuat pengiraan di tempat mengundi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat . Akhirnya kita kalah di Batang Ai.

Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 yang melibatkan puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya adalah satu tindakan bersungguh-sungguh rakyat agar berlaku satu REFORMASI dalam SPR dengan menuntut 4 tuntutan antaranya ialah Pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama yang tidak sayugia wujud. Ia termasuk apa yang disifatkan sebagai 'pengundi hantu', pemilih yang telah mati dan seumpamanya. Ia bagi mengelakkan sebarang kecenderungan penyalahgunaan nama terbabit atau penipuan oleh mana-mana pihak yang bertanding seharusnya menjadi perhatian kepada pihak SPR .

Sampai bila SPR mahu terus bersandiwara dan menjadi 'orang suruhan BN' ? Kita memerlukan SPR yang benar-benar BERSIH , telus , adil dan profesional .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan