AMK menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh , Datuk Abdul Jalil Abdul Majid yang cuba mengingatkan PKR supaya tidak mencampuri urusan UMNO yang mengadakan majlis penerangan di Penanti . Apa yang dilakukan oleh AMK ialah meminta UMNO jangan jadi penyibuk dalam suasana PRK N12 Penanti yang mana UMNO begitu penakut untuk berdepan PKR dalam PRK Penanti .
Sekiranya hendak membuat ceramah penerangan , UMNO Permatang Pauh boleh melakukannya di luar kawasan DUN Penanti . UMNO Permatang Pauh harus sedar dan berpijak di bumi yang nyata bahawa UMNO / BN tidak menyertai PRK N12 Penanti . UMNO Permatang Pauh seharusnya akur bahawa mereka tidak perlu muncul dalam suasana PRK ini dan alasan kenapa tidak menyertai PRK N12 Penanti telah diumumkan oleh Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN , Najib Tun Razak dalam semua media arus perdana milik UMNO / BN . Sekiranya masih perlu membuat penerangan UMNO Permatang Pauh boleh menggunakan ruangan penerangan tersebut di luar kawasan DUN Penanti atau selepas PRK Penanti .
AMK tidak ada masa untuk mencampuri urusan UMNO Permatang Pauh , tetapi sebagai parti yang tidak menyertai PRK kehadiran UMNO adalah tidak diperlukan dan suasana PRK Penanti cukup tenang tanpa kehadiran UMNO dan rakyat Penanti menyedari bahawa tanpa UMNO /BN pilihanraya berjalan dengan baik dan tiada insiden serta provokasi yang berlaku di buat oleh UMNO /BN setiap kali PRK .
Kalau benar ianya hanya diadakan khusus kepada ahli-ahli UMNO , kenapa pemidang publisiti tidak meletakkan perkataan untuk ahli UMNO sahaja . Sudahlah program tersebut dibuat dalam kawasan DUN Penanti malah mengajak orang ramai tanpa dikhususkan kepada ahli UMNO sahaja untuk hadir ke program ceramah tersebut .
Suasana PRK N12 Penanti tidak memerlukan kehadiran UMNO . UMNO tidak perlu jadi penyibuk , pengacau dan 'meroyan' untuk menyertai PRK Penanti.
AMK juga kecewa dengan tindakan pihak polis yang tidak bertindak tegas terhadap laporan polis yang dibuat oleh AMK . Pihak polis telah bertindak tidak profesional . Malah lebih mengecewakan apabila pihak polis bertindak mengawal ceramah tersebut dan seolah memastikan ceramah tersebut yang diadakan di Dewan Guar Perahu berjalan dengan lancar dan tidak diganggu . Sikap tidak adil dan tidak telus pihak polis sangat-sangat dipertikaikan oleh AMK.
Fariz Musa
Pengarah Pilihanraya AMK Pusat
merangkap
Timbalan Ketua AMK Pusat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan