klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 13 Mei 2009

BUBAR DUN LANGKAH TERBAIK , BIAR RAKYAT PERAK MENENTUKAN KEPUTUSAN! SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT !

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) menyatakan pendirian BERSETUJU dan MENYOKONG cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak . Tindakan ini adalah merupakan jalan terbaik dalam usaha menjernihkan suasana yang berlaku akibat krisis politik di negeri Perak . Kemelut politik ini menjadi semakin parah dari masa ke semasa . Pertembungan “ gajah sama gajah , kancil tersepit di tengah-tengah” harus difikirkan secara rasional oleh semua pihak khususnya UMNO / Barisan Nasional . Persoalan ialah kenapa UMNO/Barisan Nasional begitu takut sekiranya berlakunya pembubaran DUN Perak . Sedarlah bahawa yang menjadi mangsa kepada suasana dan keadaan ini ialah rakyat negeri Perak khususnya . Sebelum itu , kronologi kekalutan politik di Perak cukup nyata apabila kekecohan Sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 , 11 Mei 2009 pula menyaksikan Mahkamah Tinggi menentukan YAB Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah daripada segi perlembagaan . 12 Mei 2009 , YB Datuk Zambry memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan yang memperlihatkan Zambry terus berada di kerusi Menteri Besar sehingga pembicaraan dan keputusan di buat oleh mahkamah . Insiden dalam Sidang DUN menyebabkan YB Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang , Presiden PAS mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ada batasnya , membujur lalu melintang patah . Lepas itu apa pula? Atau lebih rela membiarkan konflik politik ini berlarutan tanpa kesudahan ?
Justeru mandat harus diberikan kepada rakyat untuk menentukan parti manakah yang bakal menerajui negeri dan rakyat negeri Perak melalui pilihanraya Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak.Biar rakyat yang menentukan kerajaan pilihan mereka , sama ada memilih Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional .

AMK merayu perkenan DYMM Sultan Perak yang bijaksana untuk menyelesaikan polemik dan konflik politik ini dengan bertindak membubarkan DUN Perak . YAB Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dan seluruh ADUN Pakatan Rakyat sudah bersedia bersetuju membulat tekad agar DUN Perak dibubarkan . Biar rakyat Perak yang menentukan pilihan mereka . Tindakan membiarkan konflik politik ini akan pasti mengundang dan mengakibatkan suasana politik di negeri Perak sentiasa tegang dan tidak ketentuan .
AMK yakin DYMM Tuanku Sultan tidak akan sanggup dan rela melihat rakyat negeri Perak menderita kerana angkara ini . Jangan sampai rakyat negeri Perak tidak lagi menghormati DYMM Tuanku Sultan dan institusi raja berperlembagaan . Adalah amat hairan sekiranya DYMM Tuanku Sultan Perak masih mampu ‘menutup mata , memekakkan telinga’ dengan apa yang berlaku . Masih tidak mampu menggunakan akal fikir dan budi bicara . Walaupun tiada peruntukkan undang-undang membubarkan DUN dengan cara tersebut oleh DYMM Sultan tetapi kita yakin baginda ada formula tertentu untuk memastikan DUN Perak dibubarkan bagi ke arah membentuk kestabilan politik di negeri Perak .
Konflik politik yang berlaku sudah tentu memberikan kesan kepada rakyat negeri Perak . Angkara 3 ADUN pengkhianat yang melacurkan prinsip dan perjuangan . Rakyat sedang melihat telatah dan ragam orang-orang politik . Kenapa harus membiarkan suasana ini terus terjadi ? Kenapa formula membubarkan DUN tidak dilaksanakan ? Kenapa susah sangat untuk memberikan hak kepada rakyat dalam menentukan keputusan memilih kerajaan negeri bagi mengurustadbirkan negeri Perak .
Kepentingan dan ketuanan rakyat adalah sangat penting . ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ harus diyakini dan diakui oleh semua pihak . Berikan kepercayaan kepada rakyat kerana rakyat adalah hakim yang akan menentukan keputusan . Pakatan Rakyat sedia hadapi segala kemungkinan di gelanggang . Menang atau kalah biarlah di gelanggang bukan bertindak di luar dan membelakangkan undang-undang atau perlembagaan . Merampas kuasa dan hak dengan cara kotor dan jelek . Membentuk pakatan jahat atau konspirasi yang terhina dan mengemplimentasikan ‘matlamat menghalalkan cara’. Menghancurkan keadilan dan kebenaran tetapi menegakkan kezaliman dan kebobrokkan. Sehingga sanggup mempermainkan DYMM Sultan untuk merealitikan kepentingan diri dan nafsu serakah mereka . Sehingga demokrasi diperkotak-katikkan .
Bubar Dewan Undangan Negeri Perak adalah langkah paling efektif dan yang paling terbaik dalam menyelesaikan konflik politik di negeri Perak . Berikan kuasa kepada rakyat dan serah mandat kepada rakyat negeri Perak menentukan samada memilih Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat !

Demi perpaduan dan kesejahteraan rakyat dan negeri Perak , AMK mencabar UMNO/Barisan Nasional bersetuju dan menyokong pembubaran DUN Perak supaya memberikan mandat kepada rakyat menentukan kerajaan negeri Perak !

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan