klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 4 Mei 2009

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM TIDAK TERLIBAT DALAM POLEMIK ISU KERAJAAN PERPADUAN

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) menyangkal kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, YB Datuk Takiyuddin Hasan yang mengaitkan YB Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam polemik isu cadangan pembentukan kerajaan perpaduan . Cadangan tersebut adalah dicetuskan oleh YB Presiden PAS Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang sendiri dan ianya bukan datang daripada cadangan dan pandangan YB Datuk Seri Anwar atau Parti Keadilan Rakyat .

AMK memohon agar YB Datuk Takiyuddin Hasan menarik balik kenyataan yang dibuat dan menganggap konflik yang berlaku berkaitan isu tersebut diselesaikan dengan bijaksana dari dalam PAS itu sendiri tanpa mengaitkan dengan individu lain . Isu tersebut tidak pernah dicetuskan oleh YB Ketua Umum atau dibincangkan secara khusus dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat .

Malah sebelum ini juga Parti Keadilan Rakyat dan Democratic Action Party ( DAP ) pernah menyuarakan pandangan agar YB Presiden PAS menjelaskan secara terperinci dan mohon dibincangkan isu cadangan pembentukan kerajaan campuran tersebut . Ini bermakna isu tersebut adalah datang daripada PAS dan bukannya secara kolektif daripada parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat . Dan atas prinsip perpaduan dan permuafatan bijak dengan menghormati sebarang pandangan dan cadangan untuk dibahas dan bincangkan dengan secara demokrasi serta bijaksana di dalam mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat .

Kekesalan YB Datuk Takiyuddin Hasan terhadap golongan tertentu dalam PASberkaitan isu tersebut seharusnya ditangani secara dalaman parti dan bukannya mengaitkan serta meletakkan kesalahan kepada YB Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan