Monday, May 04, 2009 10:30 AM
Rakan-rakan pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi hadir bermesyuarat di ibu pejabat PKR untuk membincangkan beberapa perkara penting menyentuh isu semasa dan berkepentingan umum.
Rakan-rakan pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi hadir bermesyuarat di ibu pejabat PKR untuk membincangkan beberapa perkara penting menyentuh isu semasa dan berkepentingan umum.
Mesyuarat ini turut dihadhiri pimpinan utama iaitu YB Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang.Wakil KeADILan lainnya yang turut hadhir ialah Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin dan YB Sivarasa. Pas diwakili YB Mahfuz Omar, YB Dr. Zulkifli, YB Syed Azman dan Dr Hatta manakala DAP diwakili YB Tan Kok Wai dan Teresa Kok. Turut bersama di dalam mesyuarat ialah wakil Pakatan Rakyat Negeri Perak iaitu Dato Seri Ir. Nizar, YB Ngeh Koo Ham dan Hj Ismail.Beberapa perkara dibincangkan dengan penuh semangat musyawarah dan kekitaan yang tinggi.
Tanggal 7 Mei hadapan bakal menyaksikan DUN Negeri Perak akan bersidang, pertama kalinya dalam tempoh enam bulan. Saya kesal dengan tindakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga Ketua Polis Negeri yang bertindak mengambil alih tugas YB Speaker Dewan dalam mengawalselia sidang Dewan. Kuasa Speaker ditelanjangkan Umno-BN tanpa mengira peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuh Negeri. Kawalan keselamatan seluruh negeri, halangan ke atas media untuk membuat liputan semuanya menggambarkan tindakan opresif Umno-BN untuk mengekang maklumat sebenar sampai ke pengetahuan rakyat.
Bertebaranlah kemungkinan YB M. Manoharan, ADUN Kota Alam Shah akan meletakkan jawatan berikutan kekangan ke atas dirinya yang kini ditahan di bawah akta zalim ISA. Ini pastinya menambah beban di bahu PM baru. Kita komited agar bukan sekadar YB Manoharan, sebaliknya semua tahanan ISA wajar dibebaskan segera tanpa sebarang syarat.
Di kesempatan yang sama saya merakamkan ucapan terima kasih di atas sokongan padu kepemimpinan PAS dan DAP kepada calon KeADILan untuk PRK DUN Penanti, Dr Mansor Osman. Meskipun wujud polemik, ketegasan Ustaz Hadi jelas kelihatan tatkala menyatakan keputusan PAS menyokong calon KeADILan adalah muktamad.
Polemik pertukaran agama anak bagi muallaf gagal diselesaikan dengan bijak oleh Umno-BN. Pertelingkahan sesama mereka menggambarkan bahawa isu ini tidak dihadham sepenuhnya sebagaimana yang dianjurkan Islam mengenai prinsip kebebasan beragama. Kabinet kelihatan begitu sugul berhadapan dengan pertikaian fakta dan dalil yang dibangkit golongan ulama’ dan mufti. Bagi pihak Pakatan Rakyat, sebuah Jawatankuasa Khas telah ditubuh untuk mengkaji isu ini secara menyeluruh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan