Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu membantah tindakan Majlis Amanah Rakat ( MARA ) mengambil tindakan merobohkan bangunan yang boleh dianggap bersejarah bagi Negeri Terengganu . Seharusnya pihak MARA mengambil inisiatif mengekalkan bagunan tersebut daripada merobohkannya dan dibaikpulih sebagai salah satu aset bangunan bersejarah di Negeri Terengganu serta boleh dijadikan sebagai salah satu destinasi perlancongan serta ekonomi di Negeri Terengganu Darul Iman .
Tindakan merobohkan bangunan tersebut oleh MARA bukan sahaja melenyapkan antara salah satu bangunan yang bersejarah malah yang satu ketika dahulu menjadi bangunan penting kepada warga Kuala Terengganu dan negeri Terengganu amnya .
Malah amat malang kepada para peniaga yang menyewa permis bangunan tersebut untuk berniaga terpaksa mengosongkan kedai-kedai mereka dan bersusah payah mendapatkan permis-permis baru untuk meneruskan perniagaan mereka sedangkan negeri Terengganu secara hakikatnya masih berkurangan ruang-ruang niaga terutama kepada para usahawan kecil . Adalah amat menyedihkan kebanyakkan peniaga yang menyewa di Bangunan Mara tersebut ialah merupakan usahawan kecil Melayu yang kini berdepan dengan segala permasalahan dan kini terpaksa mencari dana tambahan bagi membiayai kos perpindahan dan juga premis baru yang sudah pasti mencecah ribuan ringgit. Sedangkan semua mengetahui kos penyewaan , renovasi dan sebagainya adalah sangat tinggi di Bandar Kuala Terengganu sedangkan mereka adalah usahawan kecil Melayu yang sudah pasti menghadapi kesulitan kewangan lebih-lebih lagi dalam suasana kegawatan ekonomi ini .
Justeru , AMK Negeri Terengganu merayu kepada pihak pengurusan MARA agar dapat menghentikan tindakan merobohkan bangunan tersebut dan mengkaji semula tindakan yang telah diambil . Tindakan membatalkan perobohan bangunan tersebut dapat menyelamatkan para usahawan kecil Melayu agar mereka dapat meneruskan perniagaan mereka sepertimana biasa .
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu
5 Mei 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan