klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 5 Mei 2009

AMK DESAK SPR BERSIHKAN DAFTAR PENGUNDI !

Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 yang melibatkan puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya adalah satu tindakan bersungguh-sungguh rakyat agar berlaku satu REFORMASI dalam SPR dengan menuntut 4 tuntutan antaranya ialah Pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama yang tidak sayugia wujud. Ia termasuk apa yang disifatkan sebagai 'pengundi hantu', pemilih yang telah mati dan seumpamanya. Ia bagi mengelakkan sebarang kecenderungan penyalahgunaan nama terbabit atau penipuan oleh mana-mana pihak yang bertanding .

Justeru bagi mengulangi harapan daripada manifestasi Perhimpunan BERSIH tersebut serta bukti-bukti yang diperolehi dan dikesan oleh Sistem Menang Pilihanraya ( SISMEP ) Parti Keadilan Rakyat dan siasatan secara terperinci kesahihan wujudnya 'Pengundi hantu' atau 'Pengundi Ragu' oleh Pakatan Rakyat dan Suruhanjaya badan pemerhati bebas pilihanraya ( Mafreal ) maka Biro Pilihanraya AMK mendesak Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) MEMBERSIHKAN daftar pengundi agar SPR dilihat benar-benar menjadi badan yang bebas , telus , adil dan profesional . Malah sewaktu PRK DUN Bukit Selambau Biro Pilihanraya AMK telah menghantar memorandum dan senarai keseluruhan 3029 orang pengundi yang boleh dikenalpasti "hantu" atau "ragu" kepada pihak wakil Pengurus SPR di Pejabat Daerah Sungai Petani , Kedah Darul Aman .

Pelbagai usaha telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) membuat laporan Polis , menghantar memorandum , perhimpunan dan sebagainya tetapi SPR terus tidak melakukan sebarang tindakan reformasi dan transformasi secara bersungguh-sungguh dan keberanian membersihkan keseluruhan senarai pengundi agar imej , kredibiliti dan integriti SPR dapat dipulihkan dan dipercayai dan diyakini .

Biro Pilihanraya AMK menganggap SPR wajib menjadi badan yang bebas dan profesional tanpa diganggu gugat atau campurtangan oleh mana pihak khusus parti pemerintah . Walaupun SPR cuba menangkis dan bersikap profesional tetapi berdasarkan beberapa pendekatan , keputusan serta sikap yang dibuat SPR membuktikan SPR menjadi institusi yang berat sebelah dan berada di bawah telunjuk UMNO / BN .

SPR seharusnya membuat tindakan membersihkan diri , memperbaiki dan memulihkan kepercayaan serta integriti daripada semua dakwaan yang dilemparkan oleh semua pihak dan bukannya "memekakkan telinga dan membutakan mata" tanpa bertindak secara positif . Malah berdasarkan segala tuntutan , harapan dan kritikan yang di buat khususnya Pakatan Rakyat tidak lain tidak bukan ianya untuk kebaikan SPR bagi menjana dan memperkasakan SPR yang benar-benar bebas , adil dan profesional . Tidak ada usul , pandangan dan cadangan tersebut merosakkan SPR sebagai badan penting bagi merealitikan amalan demokrasi di Malaysia tetapi adalah kebaikan SPR .

Sekali lagi Biro Pilihanraya AMK atas prinsip demokrasi dan ke arah membaikpulih integriti SPR maka adalah amat relevan SPR mengambil tindakan positif MEMBERSIHKAN senarai Daftar Pengundi terutama dalam menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Penanti .

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK
merangkap
Pengarah Pilihanraya AMK

Tiada ulasan:

Catat Ulasan