Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Ghani Patail yang menyatakan bahawa YAB Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti ADUN Perak . Beliau harus sedar bahawa kedudukan ADUN Barisan Nasional ialah 28 orang adalah sama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang juga turut dianggotai oleh 28 ADUN . Sedangkan 3 orang ADUN Bebas tersebut bukan mewakili mana-mana-parti.
Kalau sekiranya Datuk Seri Mohd. Nizar Jamaludin boleh dilucutkan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan sepertimana dakwaan Ghani Patail , bagaimana pula dengan YAB Datuk Ahmad Said , Menteri Besar Negeri Terengganu yang secara jelas tidak mendapat kepercayaan daripada 18 ADUN Barisan Nasional sendiri . Sehingga menimbulkan ketegangan dan konflik politik di Negeri Terengganu . Memalukan dan melucukan .
Konflik dan keretakan UMNO/Barisan Nasional Negeri Terengganu begitu parah sehingga menyebabkan Datuk Seri Najib Tun Razak , Presiden UMNO terpaksa menurunkan pangkat Datuk Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu dengan meletakkan Dato' Seri Hisamuddin Husein, Naib Presiden UMNO menjadi Pengerusi UMNO Negeri Terengganu . Bermakna Datuk Ahmad Said juga dilihat gagal memimpin dan menyelesaikan polemik yang yang berlarutan dan tiada kesudahan .
Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya melucutkan jawatan Ahmad Said kerana ADUN-ADUN UMNO/Barisan Nasional sudah hilang kepercayaan kepada beliau . Dan beliau sepatutnya mengambilkan tindakan yang sama seperti mana tindakan yang beliau lakukan terhadap Kerajaan Negeri Perak .
Penolakkan , penentangan dan ketidak kepercayaan ADUN-ADUN UMNO / Barisan Nasional dinyatakan dengan jelas dan terbuka tanpa segan dan silu serta tetap menolak kepimpinan dan peribadi Datuk Ahmad Said . Justeru , kenapa Ghani Patail tidak mengeluarkan kenyataan yang sama supaya Datuk Ahmad Said dilucutkan kerana tidak mendapatkan kepercayaan ?
AMK Negeri Terengganu juga membantah dan kesal dengan campur tangan Peguam Negara yang seolah-olah berniat jahat ( mala-fide ) berusaha untuk mempengaruhi perbicaraan kes antara Menteri Besar Sah Pilihan Rakyat Datuk Seri Nizar dengan Menteri Besar Rampasan Kuasa Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir .
Sekiranya hujah Tan Sri Ghani Patail diterima mahkamah dan ianya menjadi 'precedent case' ( kes ikutan ) , justeru Datuk Seri Najib Tun Razak mesti juga melakukan tindakan yang sama mengikut kes tersebut dan memecat Datuk Ahmad Said di Terengganu .
AMK Negeri Terengganu mencadangkan agar adalah lebih baik Datuk Ahmad Said segera melepaskan jawatan Menteri Besar Negeri Terengganuatau secara sukerala atau mengambil tindakan membubarkan Dewan Undangan Negeri Terengganu kerana beliau sudah tidak mendapat kepercayaan dan sokongan ADUN-ADUN UMNO/ Barisan Nasional .
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu
5 Mei 2009
Tiada ulasan:
Catat Ulasan