Sekiranya beliau mengambil tindakan meletakkan jawatan dan mengosongkan kerusi ADUN Kota Shah Alam , satu pilihanraya kecil terpaksa diadakan dan sudah pasti Barisan Nasional di dalam situasi sekarang tidak lagi bersedia untuk berdepan dengan pilihanraya kecil kerana berdasarkan prestasi 4 Pilihanraya Kecil iaitu Permatang Pauh , Kuala Terengganu , Bukit Gantang dan Bukit Selambau , Barisan Nasional mengalami kekalahan yang teruk.
Justeru , AMK menggesa Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin Hussein supaya membebaskan YB M.Manoharan dengan segera dan sekiranya berlaku satu pilihanraya kecil sepertimana kenyataan oleh YAB Perdana Menteri ‘yang tidak diperlukan’ yang membelanjakan banyak wang, merugikan masa dan tenaga serta akan mengalihkan tumpuan negara dari masalah ekonomi yang dihadapi sekarang ini . Langkah yang terbaik ialah membebaskan dengan segera Tahanan Tanpa Bicara ini agar beliau dapat memberikan tumpuan kepada perkhidmatan dan gerakerja beliau sebagai ADUN Kota Alam Shah .
Namun begitu , bukan sahaja YB M.Manoharan sahaja yang wajar dibebaskan tetapi termasuk kesemua tahanan ISA lain . Hapuskan ISA !
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK
Saya menyokong penuh desakan membebaskan YB Manoharan dengan segera ! PM Najib mengutuk Pakatan Rakyat kerana kononnya PRK yang sengaja diadakan oleh Pakatan Rakyat merugikan negara & rakyat. Jadi kali ni PRK Kota Alam Shah terletak di atas tangannya, kalau dilepaskan YB Manoharan, maka tak perlulah PRK. Sekiranya dia tak ank lepas YB Hindraf itu, maka kerana angkara Umno-BNlah PRK Kota Alam Shah terpaksa diadakan !!!
BalasPadam