
Beliau berkata, sebaliknya keputusan mahkamah itu bebas daripada sebarang pengaruh mana-mana pihak dan alasan yang diberikan Mahkamah Rayuan bagi keputusannya itu turut dikongsi oleh pakar undang-undang antarabangsa Queen's Counsel Lord Lester. “Dan kalau lah seorang Queen’s Counsel seperti Lord Lester itu boleh mengeluarkan pendapat bahawa kita berada di atas landasan yang betul, seperti mana keputusan mahkamah rayuan, maka janganlah disalahertikan ataupun memberikan pandangan yang negatif terhadap badan kehakiman negara”, katanya selepas merasmikan Minggu Perpaduan peringkat kebangsaan hari ini.
Beliau berkata, pihak pembangkang tidak boleh mengambil sikap jika sesuatu keputusan itu memihak kepada mereka maka mereka menerima sistem kehakiman itu sebagai bebas tetapi jika memihak kepada kerajaan, dituduh sebagai mengikut telunjuk kerajaan dan beranggapan perkara berkenaan adalah tidak tidak adil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan