klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 25 Mei 2009

Najib Khianati Orang Melayu?

Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib bahawa DEB akan dihapuskan.Kenyataan tersebut di buat oleh Najib kepada akhbar Straits Time Singapura sewaktu lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke Republik tersebut.

FM - Najib tidak berani buat kenyataan di Malaysia . Tetapi menggunakan ruang sewaktu di Singapura bahawa beliau akan hapuskan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) . Dimanakah ahli-ahli UMNO khusus pemuda gagah perkasa bila Najib Tun Razak membuat kenyataan tersebut ? Apabila Anwar Ibrahim mencadangkan agar DEB dihapuskan,terdengar soraksorai yang begitu riuhrendah dari kalangan pemimpin UMNO.Maka bertebaran kecaman dan fitnah seperti Pengkhianat Melayu,Alat Cina,Tak Mengenang Budi dan pelbagai lagi yang ditujukan kepada beliau . Bila Najib berkokok hendak hapuskan DEB, umno bisu seribu bahasa .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan