klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 4 Jun 2009

ANGKATAN MUDA KEADILAN ( AMK )
NEGERI TERENGGANU
Kenyataan Media
SIASAT SEGERA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU TERHADAP PENGELUARAN SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CF) STADIUM SULTAN MIZAN

AMK Negeri Terengganu memohon agar siasatan dan pendakwaan perlu dilakukan terhadap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang telah mengeluarkan Sijil Layak Menduduki ( CF) sedangkan menurut Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu, Ghazali Hashim dalam kenyataannya mengesahkan bahawa bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan oleh JKR . Menurut beliau lagi mengikut amalan kerja JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang siap di bina .

AMK Negeri Terengganu menganggap ini merupakan jenayah yang tidak boleh dimaafkan dan perlu dikenakan tindakan yang sangat tegas kerana melibatkan keselamatan dan nyawa rakyat negeri Terengganu yang dipertarungkan setiap kali stadium tersebut digunakan .

Menurut MB Terengganu , YAB Datuk Ahmad Said dalam kenyataannya kepada BERNAMA bertarikh 3 Jun 2009 bahawa keadaan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah tidak selamat semasa pembukaan Sukan Malaysia ( SUKMA ) ke 12 tahun lepas .

AMK Negeri Terengganu benar-benar hairan bagaimana Datuk Bandar Kuala Terengganu boleh mengeluarkan Sijil Layak Menduduki ( CF ) sedangkan JKR sehingga sekarang masih belum mengeluarkan Sijil Siap Kerja dan sedangkan stadium tersebut masih dispekfikasikan dalam keadaan tidak selamat .

AMK Negeri Terengganu mempersoalkan bagaimana YAB Datuk Ahmad Said tidak mengambil tindakan TEGAS terhadap bumbung stadium yang beliau sendiri lihat sewaktu pembukaan SUKMA . BERNAMA melaporkan , beliau berkata sebelum acara pembukaan Sukma, beliau melihat bumbung stadium itu tidak sama rata seolah-olah ada yang tidak betul tetapi membiarkan sahaja dengan sekadar melaporkan kepada pihak JKR sahaja . Stadium tersebut masih terus digunakan . Seolah-olah meletakkan nyawa rakyat Terengganu dalam keadaan bahaya dan menunggu maut !

Adalah amat menghairankan apabila pihak JKR membiarkan situasi bahaya tersebut terlalu lama sehingga setahun tanpa sebarang tindakan yang diambil walaupun stadium tersebut telah digunakan dan sehingga sekarang pihak kontraktor masih tidak menyediakan laporan berhubung keupayaan struktur bumbung stadium tersebut.

AMK Negeri Terengganu menyokong terhadap cadangan Kerajaan Negeri Terengganu mahu menubuhkan Badan Bebas untuk menyiasat tragedi stadium runtuh tersebut dan mencadangkan perlu diadakan Enkuiri dengan memanggil semua pihak yang terlibat.

AMK Negeri Terengganu juga mendesak agar Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu DIGANTUNG tugas , sementara siasatan dilakukan terhadap beliau bagi memastikan proses siasatan telus dan berwibawa .

FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan