Written by SM Noor
Thursday, 04 June 2009
Thursday, 04 June 2009
KUALA TERENGGANU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu telah membuat satu laporan polis keatas tragedi Stadium runtuh dibalai polis Kuala Terengganu disini semalam.
Ketuanya, Cikgu Fariz Musa berkata pihak polis mesti melakukan siasatan dengan segera dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab meluluskan Sijil Layak Menduduki (CF) Stadium berkenaan.
“Nasib baik tidak berlaku pada hari ini (semalam), 3hb hingga 6hb, (yang) sepatutnya berlaku acara sukan staf universiti peringkat kebangsaan yang bermula hari ini sehingga 6hb,“bayangkan, kalau berlaku hari ini atau pub dalam masa tempoh ini, maknanya kita sedang sibuk mengeluarkan mayat-mayat yang berada dalam runtuhan dan timbunan stadium tersebut,”ujarnya.
Beliau berkata mereka yang meluluskan CF keatas stadium yang belum siap itu adalah satu jenayah yang sangat besar.Beliau mempertikaikan dan mengesyaki telah berlaku penyelewengan dalam proses pengeluaran CF.Katanya, setiap pengeluaran CF keatas sesuatu bangunan hanya boleh dibuat sekiranya ia mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerja Raya, Bomba dan lain-lain.
Namun menurutnya, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dirasmikan pada 10 Mei, 2008 belum siap dan tidak layak dikeluarkan CF.“Kami mempertikaikan dan mengesyakki timbul perkara yang tidak betul berkaitan pengeluaran CF atau Sijil Layak Menduduki,“pelbagai aspek (termasuk) keutuhan (kekukuhan) dan keselamatan bangunan mesti diambil kira oleh pihak berkuasa, barulah (sebelum) CF dikeluarkan,“semua orang tahu bangunan (stadium) tersebut belum lagi siap sepenuhnya ketika dirasmikan,”tegasnya dalam sidang media yang diadakan selepas laporan polis dibuat.
Laporan polis dibuat setelah sebuah akhbar media perdana yang melaporkan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengatakan Stadium tersebut memiliki CF.Ahmad dilaporkan berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Wima Darul Iman pada jam 4.30 petang 2hb Jun, 2009.
buletin online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan