Monday, June 29, 2009
Kewujudan keselamatan kawasan perumahan, atau lebih dikenali sebagai neighbourhood watch, petanda rakyat tidak lagi yakin keselamatan nyawa mereka di tangan pihak berkuasa. Fenomena neighbourhood watch ini berpunca dari imej polis yang tercemar dengan pelbagai kes rasuah, salahguna kuasa dan hubungan pihak berkuasa dengan penjenayah, kata Ketua Pembangkang DSAI.

"Rakyat tidak lagi menyakini polis mampu menjaga keselamatan mereka," kata DSAI di Dewan Rakyat hari ini, ketika membahaskan Usul Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP). Kerajaan sendiri dilihat melindungi pegawai-pegawai atasan polis yang terbabit rasuah dan mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap,".
DSAI berkata demikian merujuk kepada akuan bersumpah pegawai-pegawai polis yang mendakwa wujudnya hubungan antara Ketua Polis Negara Musa Hassan dan kongsi gelap. Beliau turut membacakan akuan bersumpah dari beberapa pegawai polis di Dewan Rakyat."Dari akuan- akuan bersumpah ini kita difahamkan bahawa anggota-anggota polis ini dikenakan tindakan kerana menyiasat aktiviti individu tertentu yang dipercayai terbabit dalam kongsi gelap. Saya berasa bimbang apabila Ketua Polis Negara sendiri dituduh memberi perlindungan kepada kongsi gelap,".
Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mendedahkan satu kes pembunuhan seorang pemimpin kanan MIC yang cuba diselindung pihak polis. Pada 12 Januari tahun lalu, Adun Tenggaruh S Krishnasamy dibunuh oleh seorang pembunuh upahan di dalam sebuah lif di Ibu Pejabat MIC Johor. Dalam kejadian 2.30 petang itu, Krishnasamy ditembak satu kali di bawah kening mata kiri dan tembus ke belakang kepala.
Berdasarkan maklumat yang diterima pemimpin veteran DAP itu, suspek-suspek penting dalam kes ini dibebaskan sebaik sahaja ditahan.Kit Siang berkata, "Walaupun setelah setahun berlalu namun masih tiada perkembangan terbaru dalam siasatan polis. Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) amat diperlukan di masa sekarang,". -yeols
Tiada ulasan:
Catat Ulasan