Tuesday, 16 June 2009 06:57
MARANG - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu menyatakan komitmen untuk turun ke pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai bagi memastikan kemenangan PAS di atas prinsip Pakatan Rakyat .
Ketuanya, Cikgu Fariz Musa berkata AMK akan menumpukan gerakerja sepenuhnya bersama rakan-rakan pemuda Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan di PRK DUN Manek Urai, sepertimana Pilihanraya Kecil sebelum ini”.
AMK akan memfokuskan gerakerja dan seluruh jentera bagi memastikan para pengundi terutama pengundi muda memilih PAS pada 14 Julai nanti, ”AMK seluruh Malaysia akan berkampung di Manek Urai agar dapat mendekatkan diri dengan para pengundi muda melalui pendekatan dan program yang bersesuaian dengan persekitaran dan adat budaya masyarakat di Manek Urai,”katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata walaupun UMNO / BN telah menjadikan Manek Urai sebagai ‘anak angkat’, beliau yakin dan percaya, rakyat di Manek Urai terutama golongan pengundi muda akan terus konsisten memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
”Ia (Manek Urai anak angkat UMNO) tidak memberikan kesan kepada gerakerja AMK bagi memastikan kemenangan lebih bermakna dan lebih besar kepada PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat,”tegasnya.
Katanya, beliau dan seluruh jentera AMK telah sentiasa bersiap sedia menghadapi jentera Pemuda UMNO / BN di PRK Manek Urai.”Kita (AMK) yakin UMNO / BN masih fobia untuk berdepan dengan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat terutama (sekarang) UMNO / BN semakin lemah , kucar - kacir dan berpecah di bawah kepimpinan Presidennya Datuk Seri Najib Razak, ”lebih-lebih lagi kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Barisan Nasional dalam PRK sebelum ini.”katanya.
Ketakutan UMNO /BN, tambahnya, benar-benar dirasai apabila tindakan mereka tidak menyertai PRK di N12 Penanti, bulan lalu. - Buletinonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan