klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 17 Jun 2009

PENJAWAT AWAM DILARANG GUNA MODEM UNTUK CAPAIAN TERUS INTERNET -

KUALA LUMPUR 16 Jun — Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Najib Razak.
Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet, kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna Internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain, katanya.
Penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara online seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan ’chatting’ melalui internet, menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.
FM - Begitulah apabila 1 Malaysia mendapat 1 PM yang bodoh dan tolol . Takut dengan bayang-bayang sendiri . Takut kakitangan kerajaan yang sepatutnya bagi beliau hanya mesti mentaati kerajaan UMNO/BN ( teringat saya sewaktu di'soal-siasat' oleh Pegawai Tatatertib Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan masa kerja dulu , bahawa saya mesti taat kepada parti yang menjadi kerajaan yang memerintah - poraaah cit ) sahaja daripada mendapat informasi yang tepat . Yang Najib suruh baca Utusan Meloya dan Berita Hairan . Nanti bila kakitangan Kerajaan yang majoriti Melayu layari informasi dalam internet pasti takut mendapat berita-berita betul dan tepat terutama melayari portal atau blog Pakatan Rakyat . Itu yang sebenarnya .

2 ulasan:

  1. pada saya memang patut kakitangan awam takleh main internet kerana ianya melalaikan kerja mereka. kerajaan yang memerintah ialah kerajaan BN maka patuhlah pada arahannya. Kalau tak setuju dengan kerajaan BN ni kenapa bersekongkol dengannya. Letak jawatan dan kerja balik kalau kerajaan PR memerintah kelak.itu baru perjuangan.

    ibarat orang yang alim tapi kerja bank yang jelas mengamalkan riba....

    BalasPadam
  2. Saya memang tak setuju dgn NASRU. Sebab mana ada main internet? yg ditakutkan oleh kerajaan tu ialah org melayari internet utk dptkan maklumat2 yg sebenar dan bukannya yg telah diubah-suaikan di dlm media arus perdana. Kata nak rakyat celik IT, tapi sekat mcm2 mana nak maju?. Dlm internet mcm2 maklumat kita boleh dpt dan terpulang pd kita utk memilihnya...kalau baik dpt baik dan kalau buruk dpt buruklah..Skrg ni byk urusan kerajaan dah menggunakan kaedah e-gov (kerajaan elektronik)kalau dah minda kita beku mcm ni lah jadinya...bila orang dah mula pandai sikit.. dah takut dan sekat..Lain kali bukak minda tu jgn ditutup..

    BalasPadam